PH yang jual tanah KTMB di Singapura, bukan Najib

 

Gambar hiasan: Carian internet

Pentadbir laman Facebook Najib Razak menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri keenam itu telah menjual tanah KTMB di Tanjong Pagar, Singapura.

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa rundingan yang dimeterai pada 2010 membawa manfaat besar kepada Malaysia.

Menurut hantaran tersebut, ramai pihak termasuk pemimpin DAP, Tony Pua telah membuat tuduhan tidak berasas dengan mendakwa Datuk Seri Najib Razak terpaksa membuat perjanjian itu untuk membayar hutang negara, sedangkan projek tersebut sebenarnya dijual oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas PRU14.

Hantaran itu menegaskan bahawa perjanjian asal bagi pemindahan stesen KTM dari Tanjong Pagar telah dirunding dan ditandatangani pada tahun 1990 semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri ke-4, bukan oleh Najib.

“Perjanjian tersebut menetapkan bahawa Malaysia akan memindahkan stesen kereta api dari Tanjong Pagar ke Kranji dan sebagai gantinya, tiga pakej tanah KTM di Singapura akan dibangunkan melalui syarikat usaha sama dengan Singapura dengan nisbah 60 peratus untuk Malaysia dan 40 peratus untuk Singapura,” menurut hantaran itu hari ini.

Bagaimanapun, disebabkan hubungan diplomatik yang tegang ketika itu, tanah tersebut terbiar selama 20 tahun tanpa dapat dimajukan. Tambahan pula, tanah itu hanya boleh digunakan untuk tujuan operasi kereta api dan Malaysia masih perlu membayar cukai tahunan kepada Singapura.

Dalam rundingan semula pada 2010, perjanjian baharu berjaya dimeterai di mana Malaysia menukar enam pakej tanah KTM kepada enam pakej tanah baharu yang lebih bernilai.

Tanah yang diserahkan Malaysia:

  • 1 pakej tanah di Tanjong Pagar
  • 1 pakej tanah di Kranji
  • 1 pakej tanah di Woodlands
  • 3 pakej tanah di Bukit Timah

Tanah yang diterima Malaysia:

  • 4 pakej tanah di Marina Bay (berhampiran Marina Bay Sands)
  • 2 pakej tanah di Ophir-Rochor (pusat perniagaan utama Singapura)

Hantaran itu menyebut bahawa tanah di Marina Bay dan Ophir-Rochor adalah antara kawasan paling bernilai di Singapura dan telah dibangunkan melalui syarikat usaha sama Malaysia-Singapura, M-S Pte Ltd, dengan Malaysia memegang 60 peratus kepentingan melalui Khazanah Nasional dan 40 peratus oleh Temasek Holdings Singapura.

Dua projek utama yang dibangunkan ialah Marina One dan DUO Residences, dengan nilai pembangunan masing-masing sebanyak S$7 bilion (RM22.8 bilion) dan S$4 bilion (RM13 bilion). Projek Marina One kini menempatkan syarikat antarabangsa seperti Facebook, Grab dan beberapa bank utama yang memberikan pulangan besar kepada Malaysia.

Hantaran itu juga menjelaskan bahawa Singapura pernah cuba mengenakan cukai tanah sebanyak S$1.4 bilion (RM4.5 bilion) terhadap Malaysia, tetapi Najib menolak dan membawa kes itu ke Mahkamah Tetap Timbang Tara Antarabangsa, di mana Malaysia menang pada 2014.

Namun, selepas PRU14, kerajaan PH dilaporkan telah menjual sepenuhnya projek DUO Residences dan hotel lima bintang yang dibangunkan di atasnya ketika Tony Pua menjadi penasihat kepada Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng.

“Tanpa rundingan dan diplomasi pada 2010, kekayaan Khazanah dan Malaysia di Singapura tidak akan meningkat berpuluh bilion ringgit, projek RTS dan HSR tidak akan wujud, dan hubungan Malaysia-Singapura akan terus tegang kerana isu tanah KTM,” menurut hantaran itu.

Hantaran tersebut menegaskan bahawa tohmahan terhadap Najib tidak berasas kerana perjanjian itu bukanlah satu penjualan aset negara, sebaliknya satu langkah strategik yang membawa keuntungan besar kepada Malaysia.


BACA LAGI




Check out Wangian Kasturi Kijang Original Minyak Wangi Kasturi Putih Hitam Sunnah for RM60.00 - RM160.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/qUFua24fK?share_channel_code=1 


Catat Ulasan

0 Ulasan