TRX bukti visi Najib jauh mendahului zaman

 

Gambar hiasan: FB TRX

Berikut adalah hantaran Facebook Najib Razak hari ini:

Dulu dihina sebagai “lubang dalam tanah” dan dituduh sebagai projek penipuan, kini terbukti bahawa visi Najib Razak jauh mendahului zamannya.

Projek Tun Razak Exchange (TRX) yang beliau rancang kini telah menjadi hab kewangan antarabangsa yang sebenar untuk Malaysia.

Menara ke-10 TRX sedang dibina dan telah pun disewa sepenuhnya oleh syarikat audit global PwC sebagai ibu pejabat mereka.

TRX yang kini bernilai RM40 bilion telah berjaya menarik pelabur dan syarikat gergasi antarabangsa seperti Lendlease Australia, Apple, Bank HSBC, Prudential, Affin Bank, CCCC, Huawei, Ant International, Bin Zayed Group dan MUFG Investor Services dan lain-lain.

Lebih 20,000 pekerja berkemahiran tinggi kini bekerja di kawasan TRX - sebuah kejayaan ekonomi dan urbanisasi yang lahir daripada perancangan era Najib.

Kawasan runcit seperti The Exchange TRX kini hampir penuh disewa, unit kediaman telah terjual lebih 95%, dan bangunan pejabat yang telah siap mencapai kadar penghunian hampir 80%.

Segalanya bermula dengan kepimpinan yang tahu membezakan antara pelaburan masa depan dan politik kebencian.

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan