Sinar Harian gantung tugas kakitangan terlibat kesilapan infografik KPN baharu

 


Berikut adalah kenyataan media Sinar Harian hari ini:

Sinar Harian ingin merujuk kepada penyiaran infografik melibatkan Ketua Polis Negara yang telah mencetuskan kekeliruan kepada orang ramai baru-baru ini.

Pihak kami mengakui berlaku kesilapan dalam penyiaran infografik tersebut dan sekali lagi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan seluruh masyarakat atas kekhilafan ini.

Hasil semakan awal mendapati kesilapan tersebut berpunca daripada tindakan seorang staf di Unit Media Sosial yang telah menggunakan template reka bentuk lama yang pernah digunakan dalam poster melibatkan Tan Sri Johari Abdul sebelum ini.

Sebagai langkah tanggungjawab, Sinar Harian telah membuat laporan polis bagi memaklumkan insiden ini dan memberikan ruang kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut sekiranya perlu.

Pada masa yang sama, pihak Sinar Harian juga sedang menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti sekiranya terdapat unsur sabotaj.

Dalam tempoh siasatan ini, staf berkenaan serta penyelia Unit Media Sosial yang meluluskan infografik berkenaan akan digantung tugas buat sementara waktu.

Sinar Harian memandang serius perkara ini dan akan terus mengambil langkah penambahbaikan bagi memastikan kawalan kualiti dan prosedur editorial diperkemaskan, demi menjamin ketepatan dan kredibiliti maklumat yang disampaikan kepada masyarakat.

BACA LAGI    



Catat Ulasan

0 Ulasan