Berikut adalah kenyataan media Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil semalam:
Mesyuarat Biro Politik & Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah diadakan pada hari ini di mana beberapa pelantikan telah diputuskan seperti berikut:
• Setiausaha Agung: YB Datuk Dr. Fuziah Salleh
• Bendahari Agung: YB William Leong
• Pengarah Pilihan Raya Bersama: Sdri Nurul Izzah Anwar dan YB Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution Ismail (turut dilantik Ahli Biro Politik)
• Ketua Penerangan: YB Datuk Fahmi Fadzil
• Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah: YB Datuk Mustapha Sakmud
Mesyuarat turut merakam setinggi-tinggi perhargaan di atas pengorbanan, sumbangan serta khidmat bakti mantan Timbalan Presiden dan pimpinan lainnya, serta berharap agar mereka akan masih memberi sumbangan kepada parti dan perjuangan.
Mesyuarat turut membincangkan isu-isu semasa termasuk perihal geopolitik dan ekonomi global, serta tahap persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.
0 Ulasan