Mereka yang bantah DNAA SRC 2.0 takut Najib bebas


Berikut adalah kenyataan media Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini:

Pokoknya Pejabat Peguam Negara jadi sasaran dua pihak yang berbeza pendirian mengenai DNAA Najib.

Pihak yang membantah Najib diberi DNAA sebenarnya anti Najib. Mereka takut Najib bebas. Jika Najib bebas, bermakna UMNO-BN akan bangkit semula.

Mereka ini membisu apabila lawan UMNO diberi DNAA. Bahkan mereka diam apabila Tommy Thomas gugur sepenuhnya pendakwaan terhadap Lim Guan Eng.

Ada peguam berhujah pendakwaan tidak boleh dibuat disebabkan bukti  pertuduhan diguna untuk kes lain. 

Apakah itu membuktikan pertuduhan terhadap Najib bertindih? Asalkan Najib dikenakan banyak pertuduhan hingga ada SRC 1.0 dan SRC 2.0? 

Sedangkan pertuduhan RM27 juta kes SRC 2.0 itu adalah sebahagian daripada RM42 Juta dalam kes SRC 1.0. Kenapa tidak tuduh sekali sahaja.

Satu pihak lain pula mempersoalkan, kenapa 6 tahun? Kenapa dakwa jika belum bersedia? Ini bukan setakat isu tangguh tetapi tata kelola dan profesionalisme pendakwaan oleh AGC.

Sebab itu ada peguam yang mendakwa “penangguhan terpilih” ini berlawanan dengan Artikel 5(1) iaitu “the right to a fair and expeditious trial”. Apakah Najib jadi mangsa kerana dia VVIP seperti dakwaan Tan Sri Shafie?

BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan