Berikut adalah kenyataan media ketua-ketua cabang PKR di Johor semalam:
Kami mewakili akar umbi Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dari seluruh negara memandang serius tindakan sembilan orang Ahli Parlimen Keadilan yang mengadakan sidang media secara terbuka dan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pelantikan badan kehakiman negara ketika YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti, sedang berada dalam lawatan kerja di luar negara.
Ahli-ahli Parlimen yang terlibat adalah:
1. Datuk Seri Rafizi Ramli (Pandan)
2. Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa)
3. Rodziah Ismail (Ampang)
4. Wong Chen (Subang)
5. Zahir Hassan (Wangsa Maju)
6. Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau)
7. Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang)
8. S Kesavan (Sungai Siput)
9. Onn Abu Bakar (Batu Pahat)
Tindakan ini bukan sahaja melanggar disiplin dan etika parti malah memberi tanggapan buruk terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri serta membuka ruang kepada manipulasi politik pihak lawan. Sebarang isu berkaitan dasar atau keprihatinan terhadap pentadbiran negara seharusnya disalurkan melalui platform dalaman parti seperti Biro Politik, atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Kami tidak menolak kepentingan menjaga integriti institusi kehakiman. Namun, pendekatan sembilan Ahli Parlimen ini telah melangkaui batas disiplin parti dan bercanggah dengan Kod Tataetika Anggota Parti Keadilan Rakyat di bawah Perkara 10.1 dan 10.2, yang menyatakan:
*Perkara 10.1 - Kewajipan Anggota Parti:*
10.1.1 – Patuh kepada Perlembagaan dan Kod Etika parti
10.1.3 – Menghormati keputusan Parti
10.1.5 – Melindungi maklumat sulit dan kerahsiaan Parti
10.1.6 – Menjaga nama baik Parti
*Perkara 10.2 - Larangan Kepada Anggota Parti:*
10.2.1 – Melakukan aktiviti sabotaj kepada keputusan parti dan pimpinannya
10.2.2 – Membuat kenyataan umum tidak benar atau berbentuk fitnah untuk menjatuhkan maruah anggota
10.2.5 – Melakukan tindakan yang menyalahi peraturan dan perlembagaan parti
10.2.6 - Terlibat dalam sebarang kegiatan dan atau menghasut kebencian kaum dan agama.
Tindakan sembilan Ahli Parlimen Keadilan ini jelas melanggar beberapa peruntukan di atas dan telah memberi kesan negatif kepada nama baik dan perpaduan dalam parti.
Sehubungan itu, kami dengan tegas menyeru Setiausaha Agung Parti, YB Datuk Dr Fuziah Salleh, agar segera:
• Menggantung keahlian sementara kesemua sembilan Ahli Parlimen terlibat.
• Memulakan siasatan tatatertib menyeluruh melalui Jawatankuasa Disiplin Parti.
Tindakan tegas ini penting demi memelihara kewibawaan parti, memulihkan semula disiplin organisasi dan mengelakkan persepsi buruk yang boleh menjejaskan perpaduan Keadilan secara keseluruhan. Keadilan tidak boleh menjadi parti yang longgar dalam soal tatakelola dan kesetiaan institusi dari kalangan anggotanya.
Kami menyeru seluruh anggota dan penyokong Keadilan agar kekal berpegang kepada prinsip perjuangan reformasi, menghormati saluran parti dan terus menyokong kepimpinan Presiden Parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam misi meneruskan mandat rakyat dan agenda pembaharuan institusi secara berhemah dan menyeluruh.
Hidup Reformasi. Hidup Keadilan.
Khairil Adanan
Ketua Cabang Mersing
Mohd Ysahruddin Bin Kusni
Ketua Cabang Bakri
Mohd Faizul Bin Abd Ghani
Ketua Cabang Pengerang
Abd Saad Bin Salleh
Ketua Cabang Seri Gading
Mohd Shahrun Bin Radzi
Ketua Cabang Sembrong
Rosman Bin Tahir
Ketua Cabang Ayer Hitam
Roselin Nona
Ketua Cabang Muar
Shamala Sham
Ketua Cabang Iskandar Puteri
Murad Bin Jailani
Ketua Cabang Pasir Gudang
Prakash Maniam
Ketua Cabang Tebrau
Haniff Bin Hosman
Ketua Cabang Pontian
Kalytas Chandarahasan
Ketua Cabang Kluang
Hishamuddin Misrin Hj. Ishak
Ketua Cabang Parit Sulong
Sayful Ariffin Abdul Karim
Ketua Cabang Tanjung Piai
Subramani Chami
Ketua Cabang Pagoh
Shamala Vasudevan
Kerua Cabang Segamat
Ibrahim Mohd Nor
Ketua Cabang Kota Tinggi
Ravi Sankar
Ketua Cabang Labis
0 Ulasan