Berikut adalah kenyataan Pejabat Menteri Dalam Negeri hari ini:
Pejabat Menteri Dalam Negeri ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat beberapa akaun palsu di TikTok yang telah menyalahgunakan nama dan gambar YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail untuk menipu orang awam.
Akaun rasmi Tiktok YB Datuk Seri Saifuddin Nasution adalah menggunakan nama penuh beliau SAIFUDDIN_NASUTION seperti pautan berikut:
Akaun-akaun palsu yang dikesan ini mendakwa kononnya YB Datuk Seri Saifuddin Nasution ingin menyalurkan bantuan kewangan melalui pautan WhatsApp yang diletakkan di ruangan bio. Sebenarnya, ini adalah satu PENIPUAN yang bertujuan memperdaya orang ramai untuk membuat bayaran pendahuluan (advance payment).
Pihak kami telah mengesan beberapa akaun palsu dan telah pun membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak TikTok. Setakat ini, tiga akaun telah disekat oleh pihak Tiktok seperti berikut:
1. Saifuddin_Nasution0
2. Saifuddin_Nasution1
3. Saifuddin_Nasution12
Namun begitu, kami tidak menolak kemungkinan lebih banyak akaun palsu akan terus diwujudkan. Oleh itu, kami menyeru agar orang ramai sentiasa berhati-hati, tidak mudah percaya dan sentiasa semak kesahihan maklumat sebelum bertindak.



Ingin ditegaskan di sini bahawa pihak YB Datuk Seri Saifuddin Nasution tidak akan sesekali meminta bayaran bagi sebarang bentuk bantuan.
Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penipuan ini.
Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada saluran rasmi media sosial YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail untuk maklumat yang sahih dan terkini.
0 Ulasan