Berikut adalah hantaran Facebook AHli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini:
Kenyataan media Setiausaha Agung UMNO mengenai titah adendum membuktikan UMNO tetap membela keadilan untuk Najib walaupun Najib tidak pernah memintanya.
UMNO parti yang amat tertib. UMNO memohon ihsan YDP Agong supaya Najib diberi keringanan hukuman (tahanan dalam rumah) kerana titah adendum tertunda lebih setahun lalu.
Isu titah adendum ini sepatutnya jadi mudah jika dari awal lagi pihak AGC melaksanakannya cara pentadbiran.
Justeru akauntabiliti di tangan PMX.
Kalaupun kerajaan enggan laksana titah adendum sepatutnya kerajaan tarik balik rayuan ke Mahkamah Persekutuan dan serahkan kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Ini kes sivil bukan jenayah. Kerajaan diwakili oleh AG. Peguam Negara penasihat undang-undang kerajaan. Jadi tanda tanya kenapa AGC merayu ke Mahkamah Persekutuan? Tidakkah PMX “accountable”?
0 Ulasan