Kamu siapa nak perlekehkan rakyat Sabah? - Akmal

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengecam seorang ADUN PAS dari Kedah yang didakwa menghina rakyat Sabah.

Merujuk kepada rakaman video yang tular, wakil rakyat terbabit seolah-olah memperkecilkan rakyat Sabah dengan mengatakan kempen di sana cukup dengan hanya memberi roti Gardenia sahaja.

"Sama ada kamu orang Sabah, orang Kedah mahupun orang Somalia sekalipun tidak menjadikan kamu lebih baik dari orang lain dengan hanya berdasarkan negeri sahaja.

"Bila ada ADUN dari Kedah yang buat kenyataan seolah-olah memperkecilkan rakyat Sabah dengan mengatakan kempen hanya dengan beri roti Gardenia sahaja, ini adalah satu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sabah.

"Maka ADUN ini wajib membuat permohonan maaf kepada rakyat Sabah terutamanya!!! Kamu siapa nak memperlekehkan rakyat Sabah?? 

"Yang lebih hina ini adalah orang yang rasakan diri mereka lebih bagus dari orang lain, sedangkan diri sendiri pun banyak kekurangan.

"Sila bercakap tengok cermin lah YB. Bodoh dan sombong!!!" katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan