Calon PKS bagi kerusi DUN Bingkor, Uling @Thomas Anggan, 86, direkodkan sebagai calon tertua yang bertanding dalam PRN Sabah ke-17.
Beliau akan bertembung dengan sembilan calon lain iaitu Kennedy Jie John @ Kenn (UPKO), Haryady Antutu (GAS), Benedict Martin Gunir (Warisan), Rafie Robert Tawik(GRS-Gagasan Rakyat), Kenolee Justine (PIS), Niklos Ongoh(KDM), Ahamin Salim (Bebas), Datuk Mohd Ishak Ayub (STARSABAH) dan Solzah Sual(SPP).
Pada PRN Sabah 2020, kerusi itu dimenangi oleh Robert Tawik @ Nordin (PN-STAR).
Sementara itu, calon PKS bagi kerusi DUN Silam, Mohd. Syafiq Iqhmal Saharuddin dan calon PN bagi kerusi DUN Klias, Mohammad Hisyam Hazaril merupakan calon termuda pada PRN tersebut.
Kedua-duanya berumur 24 tahun.
Majoriti calon yang bertanding tertumpu dalam lingkungan umur 50 tahun dan ke atas.
Kumpulan umur 50 hingga 59 tahun mempunyai bilangan calon tertinggi kedua iaitu 178 orang. Kumpulan umur 60 tahun dan ke atas mencatatkan bilangan calon tertinggi iaitu 205 orang.
Kumpulan umur 40 hingga 49 tahun menampilkan 146 calon, sementara kumpulan umur 30 hingga 39 tahun mempunyai 59 calon.
Calon paling sedikit adalah dari kumpulan umur 20 hingga 29 tahun, dengan hanya lapan calon.

0 Ulasan