Malaysiakini minta maaf paparan gambar babi pada pautan artikel PAU

 

Malaysiakini meminta maaf atas kesilapan hantaran media sosial semalam yang memaparkan gambar babi bagi pautan berita berkaitan Perhimpunan Agung UMNO 2025.

Portal berita itu menegaskan bahawa kejadian itu adalah sesuatu yang tidak disengajakan dan tanpa sebarang niat jahat sama sekali.

Malaysiakini berasa sangat kesal atas kesilapan itu dan memahami bahawa ia boleh menyinggung perasaan sesetengah pihak. 

"Sebaik saja kesilapan itu disedari, kami segera memadam hantaran berkenaan dan memastikan pembetulan dibuat.

"Malaysiakini memohon maaf seikhlasnya atas kekhilafan yang berlaku dan kami sentiasa komited memastikan ketelitian editorial yang lebih baik pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan semalam.

Editor Malaysiakini juga akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2025 esok untuk bertemu pemimpin parti dan memohon maaf atas kesilapan itu.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan