Kementerian Pendidikan (KPM) akan menawarkan semua 6,717 calon yang memperolehi 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 ke Program Matrikulasi bagi Sesi 2026/2027.
Katanya, tawaran automatik itu diberikan kepada semua calon yang memohon ke Program Matrikulasi tanpa mengambil kira kaum dan latar belakang.
"Pada masa sama, kuota kemasukan 90 peratus bumiputera ke Program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas, katanya dalam kenyataan media pada 8 April 2026.
Terdahulu, DAP dalam kenyataan media pada 7 April 2026 mahu semua pelajar cemerlang SPM 2025 yang beroleh keputusan 10A ke atas diberi penempatan secara automatik dalam program matrikulasi.

0 Ulasan