SMS - Bantah
FTA akan merugikan negara kerana syarikat-syarikat multinasional akan menuntut berbagai-bagai konsesi dan insentif. Justeru mengurangkan hasil negara serta daya bersaing syarikat-syarikat tempatan.Berdasarkan pemerhatian, FTA lazimnya lebih menguntungkan negara luar terutamanya AS, berbanding dengan negara tuan rumah. Portugis, Belanda dan Inggeris menjajah kita dengan menjadikan perdagangan sebagai helah. Jangan biarkan, sejarah pahit berulang.
– HUSSAINI AMRAN,
Negeri Sembilan.
(Disiarkan dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia, 6 Mac 2007)
0 Ulasan