Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sinis berkata, peribahasa “bersatu teguh, bercerai roboh” bertukar menjadi “bersatu roboh, bercerai sungguh” apabila dikaitkan dengan parti Bersatu.
"Apakah Bersatu boleh berdiri teguh selepas diceraikan oleh PAS?" soalnya dalam hantaran Facebook pada 11 Jun 2026.
Menurut beliau, isteri yang kena cerai biasanya hidup berkelana dan keseorangan sehingga orang lain masuk meminang.
"Tetapi jadi janda politik lagi susah menunggu orang masuk meminang.
"Terutama janda keras kepala, suka menipu dan tidak jujur. Menurut Hadi Bersatu suka membodohkan PAS dan rakus.
"Tetapi suami yang suka kahwin-cerai pun menyusahkan juga. Suka kahwin tetapi suka menceraikan.
"Maka kena hati-hatilah kalau mahu berkahwin dengan dia. Dalam politik ada yang suka kahwin mutaah. Boleh cerai bila-bila masa jika objektif tidak tercapai. UMNO wajar berhati-hati," katanya.

0 Ulasan