Berehatlah Tun, terima kasih atas semua jasa


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang tokoh politik yang dikagumi dan dihormati kawan serta lawan.

Memang banyak jasa yang ditaburkannya sepanjang beliau menerajui pentadbiran negara sebanyak dua kali.

Justeru, perbezaan ideologi politik tidak menjadi sebab untuk semua pihak melupakan baktinya kepada Malaysia.

Perasaan hormat rakyat terhadap Dr. Mahathir dapat dilihat menerusi komen-komen yang dicatatkan dalam status Facebook beliau yang bertajuk 'KRISIS POLITIK'.


Sebahagian besar netizen berharap agar beliau mengambil peluang untuk berehat selepas krisis politik yang tercetus selepas pembubaran kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) reda.

Mereka berpandangan, sudah tiba masanya untuk Dr. Mahathir berbuat demikian dan memanfaatkan baki usia untuk beramal ibadah.



Netizen turut berharap supaya beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak berikutan krisis yang memecahbelahkan PH.

Sebaliknya, Dr. Mahathir dinasihatkan untuk memberi peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri yang baharu.


Tidak kurang juga masih ada yang menjadi 'batu api' dan seolah-olah ingin melagakan-lagakan Dr. Mahathir dengan kepimpinan kerajaan di bawah gabungan parti-parti yang dinamakan Perikatan Nasional.


Mungkin sudah tiba masanya Dr. Mahathir benar-benar berundur dari gelanggang politik tanah air.

Namun beliau boleh terus berbakti sebagai seorang negarawan yang menyumbang pandangan untuk kesejahteraan negara. - TUKANG TULIS

Catat Ulasan

0 Ulasan