PKR Nafi Tawar Ganjaran Hentam Kerajaan, Soldadu Amatur RBA Gigit Jari



Semalam kecoh tentang dakwaan yang disiarkan dalam Free Malaysia Today bahawa PKR menggalakkan ahli-ahlinya bersikap agresif menyerang kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara topik yang perlu diketengahkan dalam kritikan adalah 'kelemahan' kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.

Lebih mengejutkan, Free Malaysia Today turut mendakwa, mereka yang agresif mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau menyerang 'pengkhianat' akan diberi ganjaran.

Artikel FMT: Di sebalik krisis Covid-19, PKR tawar ganjaran untuk tiup sentimen anti-kerajaan

Sekiranya dakwaan itu benar, maka tidak hairanlah sejak kebelakangan ini, soldadu-soldadu amatur RBA atau nama penuhnya yang baharu, Real Bodo Army mula menyusup ke dalam kumpulan-kumpulan Facebook pro-PN.

Mungkin mereka terliur dengan ganjaran yang dijanjikan itu sehingga sanggup menebalkan muka menulis status-status yang macam sampah.

Namun, pasti ramai soldadu amatur RBA yang kecewa apabila PKR sendiri menafikan ada usaha sedemikian.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang lebih mesra dengan panggilan Sam mengatakan dakwaan penyediaan dana untuk video pendek tersebut adalah tidak benar kerana PKR tiada keupayaan kewangan seperti itu.

"Apabila menteri-menteri PN menyuarakan sesuatu yang tidak masuk akal seperti meminum air suam akan membantu membunuh virus, atau saranan kementerian untuk para isteri membuat suara Doraemon, atau melakukan sanitasi jalanraya dengan membazirkan peralatan perlindungan diri, atau mengajak mahasiswa bermain TikTok, atau yang terbaru tindakan UMNO menyerang Dr. Musa Nordin - pasti rakyat tidak berdiam diri. 

"Kita yakin rakyat mempunyai kebijaksanaan untuk mengkritik tindakan-tindakan yang memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka," katanya dalam kenyataan yang disiarkan laman Facebook Parti Keadilan Rakyat hari ini.

Cuma agak pelik apabila Sam menyeru kerajaan PN bersikap positif dalam menerima kritikan rakyat dengan hati dan minda terbuka.

Semasa PH jadi kerajaan dahulu, rasanya dah berbuih mulut rakyat termasuk penyokong kerajaan bersuara tetapi macam tak diambil peduli sahaja.

Sekarang Sam pula yang pandai-pandai nasihatkan kerajaan. Dulu masa jadi kerajaan, apa cerita Sam?

Arkib CIA: UMNO dan Gerakan Berhaluan Kiri Malaya

Lim Kit Siang Meroyan Teruk, Eloklah Tunaikan Janji Untuk Bersara


Catat Ulasan

0 Ulasan