Parti MUDA Syed Saddiq sentap ROS lambat lulus pendaftaran

Parti MUDA yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar masih belum diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Dah hantar borang lama dah, 17 September lepas tetapi belum ada ada-apa lagi.

Jadi, parti MUDA pun keluarkan kenyataan untuk luahkan perasaan tak puas hati.


Kenyataan  (MUDA)
Berkenaan Serahan Surat Peguam Terhadap ROS Bagi
Isu Pendaftaran Parti Muda Di Bawah Akta Pertubuhan 1966
21 DISEMBER 2020 

1. Barisan Penaja MUDA telah melantik Tan Sri Tommy Thomas, bekas Peguam Negara dan Dato’ Ambiga Sreenevasan, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia untuk mewakili MUDA bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berkenaan pendaftaran parti MUDA.

2. Proses pendaftaran MUDA sebagai sebuah parti politik yang sah telah mula dibuat sejak 17 September 2020. Namun sehingga 21 Disember 2020, barisan Penaja MUDA masih belum menerima apa-apa perkembangan terkini berkenaan pendaftaran MUDA.

3. Maka, pada 21 Disember 2020, Penaja MUDA bersama 100 penyokong MUDA hadir ke ROS untuk menyerahkan surat peguam untuk menuntut pendaftaran MUDA sebagai sebuah parti politik yang sah diluluskan dengan kadar yang segera.

4. Hak setiap warganegara untuk membentuk persatuan telah dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan dan sebarang kelewatan dari pihak ROS telah menafikan hak ini kepada Penaja dan Penyokong MUDA.

5. MUDA juga tidak sesekali menuntut untuk diberi sebarang layanan istimewa dari pihak ROS. Kelewatan pendaftaran MUDA tidak boleh diterima sama sekali terutamanya apabila semua komunikasi antara ROS dan MUDA tidak pun diberi alasan-alasan untuk menolak atau melengah-lengahkan pendaftaran MUDA.

6. Sebagai perbandingan, pendaftaran Perikatan Nasional hanya mengambil masa selama 3 hari sahaja di bawah kerajaan hari ini. Manakala, pada era kerajaan lama Barisan Nasional, pendaftaran Parti Pribumi BERSATU Malaysia mengambil masa selama 30 hari.

7. MUDA menyerahkan sepenuhnya isu pendaftaran parti ini kepada undang-undang negara dan mendesak pihak ROS untuk meluluskan dengan segera MUDA sebagai sebuah parti politik yang sah di negara Malaysia.

MUDA
21 DISEMBER 2020

Catat Ulasan

0 Ulasan