Takut pendeposit TH lari atau kekanda Mujahid yang lari? Sindir Bossku

Bossku Najib vs kekanda Mujahid. Gambar: Minda Rakyat

Bossku Datuk Seri Najib Razak menyindir kekanda Mujahid Yusuf Rawa yang pernah memberi alasan mengapa Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan janji menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji.

Alasan yang diberikan oleh Mujahid iaitu takut pendeposit lari disifatkan sebagai paling lemah oleh Bossku.

Berikut adalah kenyataan penuh Bossku dalam laman Facebook beliau hari ini:

Gambar: FB Najib Razak

Ini alasan diberi kekanda pada bulan Ogos lalu kenapa PH tak tunai 10 janji 100 hari manifesto untuk RCI Tabung Haji.

Bimbang pendeposit lari, kata dia.

Ini adalah alasan yang paling lemah sekali.

Ramai pendeposit sudah lari pada akhir tahun 2018 apabila PH baut propaganda besar-besaran bahawa TH mengalami defisit RM4.1 bilion dan dalam keadaan bahaya kononnya BN terlebih bayar Hibah kepada pendeposit.

Dan ramai lagi pendeposit lari apabila lihat kekanda tersenyum lebar semasa mengumumkan Hibah 1.25%.

Realitinya ialah PH amat takut untuk membuat RCI TH sebab ianya akan mematahkan propaganda PH sekian lama terhadap BN.

Dan PH amat takut sebab RCI itu akan membuktikan bahawa PH yang benar-benar jahanamkan TH apabila mereka buat propaganda makan diri yang membuat pendeposit lari dan TH terpaksa jual aset serta saham pegangan mereka dengan harga amat rendah pada ketika pasaran saham sudah menjunam selepas PRU14.

Sebab itu defisit kononnya RM4.1 bilion melonjak naik ke RM17.8 bilion masa PH.

RCI juga akan menjawab kenapa tiada seorang pemimpin BN atau juruaudit/akauntan pernah didakwa dalam mahkamah oleh PH  kononnya mencuri wang TH atau memalsukan akaun TH untuk menyorok defisit seperti didakwa propaganda PH.

Dan sudah tentu RCI akan dedahkan bagaimana PH buat jahat untuk turunkan nilai aset TH untuk dijual secara lambak.

Dan jika alasan untuk tidak tunaikan janji manifesto untuk buat RCI bagi Tabung Haji ialah bimbang pendeposit lari, apa alasan kenapa janji PH untuk RCI bagi FELDA, Mara dan 1MDB tidak ditunaikan pulak?

Bimbang peneroka lari? Bimbang pelajar Mara lari? Bimbang Jho Low lari?

Ha! Ha! Ha! Nampaknya kekanda Mujahid kena lagi setepek tepat kat muka.

Malu apa kekandaku!

Catat Ulasan

0 Ulasan