DAP tak kenang budi Tun Mahathir menangkan PH

Tun Dr Mahathir& Lim Kit Siang. Gambar: Carian Google


DAP memang parti yang tak mengenang budi. Mereka ingat PH boleh menang PRU-14 tanpa bantuan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Veteran DAP, Lim Kit Siang menafikan Dr Mahathir kerana mendakwa DAP dapat menang 42 kerusi dalam PRU-14 kerana sokongan orang Melayu yang dibawa oleh beliau.

Kata Dr Mahathir semasa diwawancara oleh China Press: “Saya telah membantu pakatan pembangkan untuk menang (dalam PRU-14) kerana saya membawa sokongan orang Melayu. DAP yang tidak pernah mampu memenangi lebih daripada 18 kerusi, memenangi 42 kerusi kerana sokongan orang Melayu yang dibawa oleh saya."

Siapa Kit Siang untuk menafikan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir?

Apakah dia sudah lupa pembangkang sudah banyak kali kempunan untuk berkuasa sebelum PRU-14?

PKR yang menjadi sekutu DAP sejak zaman reformasi langsung tak boleh diharap untuk menarik sokongan pengundi Melayu. 

Aura dan auta Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tak memberi kesan besar bagi membolehkan pembangkang menang.

Namun segala-galanya berubah bila Dr Mahathir menyertai PH yang kuat mengencing rakyat.

Kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang ditubuhkan Dr Mahathir telah mencuri sokongan orang Melayu daripada UMNO dan PAS.

Kit Siang jangan lupa faktor Dr Mahathir yang membolehkan PH menjadi kerajaan selama 22 bulan.

Dapatlah anak kesayangan Kit Siang, Lim Guan Eng merasa menjadi Menteri Kewangan paling haprak dalam sejarah negara.

Malah, Dr Mahathir juga yang menyebabkan Guan Eng dan rakan-rakannya hilang jawatan dalam kerajaan secara tiba-tiba.

Padan muka, siapa suruh desak Dr Mahathir letak jawatan. Langsung semua melepas.

Kalau Kit Siang rasa PH boleh menang PRU-15 tanpa bantuan Dr Mahathir, silakan.

Kita sama-sama tengok sama ada DAP boleh pecah rekod 42 kerusi.

Tetapi rasanya mungkin tidak sebab rakyat memang dah meluat sangat dengan PH, lebih-lebih lagi DAP.

Rakyat takkan lupa apa yang PH dan DAP dah buat selama 22 bulan berkuasa.

Yang terbaik, jangan bagi kerusi langsung pada PH dan DAP.

Biarkan mereka terkebil-kebil di luar pintu pagar Parlimen lepas PRU-15 sebab dah tak boleh lagi masuk ke dalam.


Catat Ulasan

0 Ulasan