Mat Sabu dan rakan-rakan PAN jilat ludah sendiri? Gambar: Malay Mail |
Baru-baru ini, Presiden PAN, Mat Sabu membangkitkan semula tentang isu tragedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985.
Mungkin dia cuba menghasut orang PAS supaya membenci UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) insiden itu berlaku.
Malangnya, hasutan Abang Mat langsung tak beri kesan sebab rakyat Malaysia sekarang semakin cerdik.
Bukan mudah dikencing seperti apa yang berlaku sebelum PRU-14 dulu.
Sesiapa sahaja yang rajin membaca sejarah pasti tahu yang menjadi Perdana Menteri ketika itu ialah sekutu Abang Mat sendiri dalam PH Plus iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tidakkah Abang Mat sedar tindakannya mengungkit kembali isu tragedi Memali seolah-olah seperti meludah kahak ke muka sekutu sendiri?
Mat Sabu mungkin juga lupa cabaran yang pernah dilontarkan oleh anak kepada seorang mangsa insiden Memali, Mohamad Zuhdi Mat Piah kepada Timbalan Presiden PAN, Datuk Salahuddin Ayub.
Pada Ogos 2017, Mohamad Zuhdi mencabar Salahuddin untuk berdebat tentang isu tersebut di mana-mana kawasan yang dia suka di Kedah, lebih afdal di Baling.
Tak pasti pula sama ada Salahuddin telah menyahut cabaran tersebut atau tidak.
Cabaran itu dibuat Mohamad Zuhdi berikutan kegagalan Salahuddin mengecam Tun Mahathir berhubung isu Memali.
"Saya hairan dengan sikap Salahuddin Ayub yang juga Timbalan Presiden, Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam isu Memali, mungkin beliau sudah lupa atau buat-buat lupa sehingga sanggup menjilat ludah rakan seperjuangannya sendiri.
"Sebagai manusia sekurang-kurangnya, kamu timbang rasalah perasaan kami, hati kami sebagai anak-anak dan waris mangsa Memali yang kamu sendiri pernah bela dulu, kamu sendiri pernah dengar dan berkongsi apa yang kami rasa.
"Kamu dengar luahan hati kami apa yang ramai orang lain tidak dengar dan tidak tahu hingga kamu mengaku bersimpati pada kami tapi kini, apa yang kamu suarakan telah teramat melukakan hati kami.
"Kalau pun bertukar parti, ideologi, jangan sampai 'hanyut' gadai maruah diri, prinsip, jadi penjilat ludah dan sanggup berbohong apa yang sudah diketahui umum, sanggup menafikan kata-kata yang terbit dari mulut sendiri suatu ketika dahulu, di mana harga diri kamu sebagai seorang pemimpin?," katanya dalam surat kepada Malaysiakini yang disiarkan pada 22 Ogos 2017.
Agaknya Abang Mat pun sudah tak ingat, sama seperti dia lupa apa yang pentadbiran Tun Mahathir pernah lakukan terhadap orang PAS dahulu.
Sepatutnya dia tanya Tun Mahathir sama ada dia menyesal dengan penganiayaan yang dilakukan terhadap orang PAS dulu.
Itupun kalau Abang Mat berani tanyalah. Kalau tak, lebih baik duduk diam-diam daripada menjadi seperti anjing menyalak bukit.
0 Ulasan