Jangan guna hashtag ARMADADAH, Armada Bersatu PPBM dah melenting



Setelah sekian lama Facebook Armada Bersatu PPBM menyepi, hari ini admin dia tiba-tiba melenting.

Kali terakhir tepek status pada 29 September 2020, ucap tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor yang baru dilantik.

Hari ini, Armada Bersatu PPBM tak puas hati dengan kartunis murahan kurang kasih sayang, Fahmi Reza.

Ada ka patut budak Fahmi mencemarkan simbol bunga raya PPBM dengan gambar ganja. Ish! Ish! Ish!

Melampau sungguh si Fahmi ni. Mungkin dia nak troll Armada sebab salah seorang ahlinya kantoi dengan polis.

Suspek yang pernah bertanding masa PRU-14 dikatakan mengedar ketamin dan tanam ganja di rumah.

Kalau nak bercucuk tanam masa PKP pun pilihlah tanaman yang lain.

Yang kau tanam benda haram tu buat apa? Kan dah kena cekup.

Nasib baik jugaklah dia kalah. Dengarnya dia bertanding kerusi Parlimen.

Admin FB Armada Bersatu PPBM pun bagi amaran, jangan guna tanda pagar #ARMADADAH.

Kalau nak tau lebih lanjut, baca kenyataan Admin FB Armada Bersatu PPBM ni:

ARMADA mengecam tindakan Fahmi Reza yang memburukkan logo parti. 

ARMADA turut ingin nyatakan bahawa kami tidak menyokong mana-mana perbuatan jenayah atau salahguna dadah. 

Justeru, kami memohon orang ramai agar tidak mengaitkan sayap atau menggunakan tanda pagar  

#ARMADADAH sebagai alat kempen memburukkan parti.

Ha, dengar tu, jangan main-main dengan Armada.

Err... kes sorang YB yang pernah kantoi parti dadah dulu tu apa cerita? Lama dah senyap.

Catat Ulasan

0 Ulasan