Gambar hiasan: Facebook Polis Diraja Malaysia |
Rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan tidak akan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh negara (kecuali Sarawak) selepas 4 Februari.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui taklimat secara dalam talian kepada media, hari ini.
Seperti yang dijelaskan beliau, PKP tidak akan disambung kerana ia akan memberi kesan buruk kepada ekonomi.
Mulai 4 Februari, PKP Bersyarat (PKPB) pula akan dilaksanakan selama tiga bulan sehingga Mei.
Syukurlah PKP tidak diteruskan untuk tempoh yang lebih panjang lagi kerana ramai juga yang resah gelisah sekarang.
Lebih-lebih lagi mereka yang berniaga dan bekerja sendiri. Bila banyak sekatan memang susah nak cari makan.
Sebelum ni pun ada khabar angin berlegar kata PKP mungkin sambung lagi selepas 4 Februari.
Selepas apa yang Dr Noor Hisham cakap ni, terbuktilah khabar angin tu tak betul.
Siapalah yang memandai-mandai buat cerita tak benar tu. Buat ramai orang risau je.
Ibu bapa pun pening bila anak-anak mereka tidak dapat ke sekolah.
Memanglah orang cakap boleh buat Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), tetapi kalau yang mengajar pun tak faham apa yang hendak diajar pun susah juga.
Maklumlah, kurikulum zaman dulu mana sama dengan zaman sekarang. Buku teks pun ramai yang belum dapat lagi.
Cuma yang gian nak melancong dan jalan-jalan cari makan tu, harap jagalah SOP.
Bukan tak boleh, tapi janganlah pakat serbu ramai-ramai macam esok lusa tak boleh pergi lagi dah.
Memang kita nak tolong industri pelancongan dan peniaga, tetapi kalau kes naik melambung sampai lebih 4,000 sehari, mungkin kerajaan terpaksa buat PKP balik.
Siapa jugak yang susah? Kita dan merekalah.
Sementara nak tunggu 4 Februari ni, harap semua bertabah dan patuh SOP.
Memang nampak remeh tetapi amat penting untk menjaga keselamatan kita, keluarga dan orang di sekeliling.
Cukuplah kena PKP seminggu atau sebulan tahun ni. Memang harap sangat jangan ada lagi sampai bila-bila.
0 Ulasan