Pengeluaran KWSP bukan cara selesai isu kenaikan harga barang, kos sara hidup



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan bahawa pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh dijadikan satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu harga barang dan kos sara hidup yang meningkat.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau dalam Facebook hari ini:

Ramai yang minta diperjuangkan sekali lagi isu KWSP. Waktu saya berjumpa untuk merayu kepada Perdana Menteri dan Tengku Zafrul Menteri Kewangan sebelum ini, saya dah berhujah bahawa pengeluaran RM10k KWSP dahulu adalah yang terakhir bagi memenuhi tuntutan rakyat yang susah untuk memulakan kehidupan baharu pasca Pandemik. Justeru, pengeluaran KWSP tidak boleh dijadikan satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu harga barang dan kos sara hidup yang meningkat mendadak ketika ini.

Dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang mendadak ketika ini, perlu pendekatan yang berbeza bersifat holistik termasuk intervensi Kerajaan yang tepat terhadap rantaian bekalan makanan asasi rakyat.

Karenah birokrasi di peringkat bawah juga perlu ditangani segera bagi memastikan apa jua bantuan kepada rakyat termasuk subsidi dapat disampaikan secara berkesan.

InsyaAllah tengahari ini juga ada beberapa persatuan penternak ayam dikalangan Peniaga Kecil dan Sederhana dan wakil NAFAS akan datang ke pejabat Pemuda UMNO untuk berbincang mengenai isu-isu melingkari mereka untuk diangkat kepada Kerajaan.

InsyaAllah Pemuda UMNO akan terus bersuara bagi pihak rakyat dan bersedia menjadi penghubung kepada Kerajaan agar suara hati rakyat benar-benar didengari mereka. 


Catat Ulasan

0 Ulasan