Gambar: Facebook Asyraf Wajdi Dusuki |
Pergerakan Pemuda UMNO menggesa agar Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan segera supaya mandat dapat dikembalikan kepada rakyat.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian bagi mengulas dakwaan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa beliau dihubungi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sudah mendapat sokongan 119 Ahli Parlimen untuk kembali menjadi Perdana Menteri.
Berikut adalah kenyataan penuh Asyraf Wajdi hari ini:
Abah dakwa sudah ada ‘numbers’ 119 Ahli Parlimen untuk jadi PM balik menurut Datuk Seri Shafie Apdal.
Apakah Kerajaan akan berubah buat kali ke-4?
Lebih baik bubar sahaja Parlimen. Serahkan kembali mandat kepada rakyat!
Negara tidak boleh dibiarkan terus tidak stabil. Mana mungkin ekonomi dapat dipacu jika politik huru-hara! Mana mungkin pelabur dalam dan luar negara punya keyakinan jika kerajaan bakal bertukar lagi! Mana mungkin rakyat hidup sejahtera dengan segala kos hidup dan barangan melonjak naik jika Ahli Parlimen berterusan mencatur kuasa, saling mengugut untuk tarik sokongan!
Biarlah RAKYAT buat perhitungan akhir untuk hentikan catur-mencatur dikalangan hanya 221 Ahli Parlimen.
Biarlah RAKYAT tentukan hala-tuju negara dengan memilih mereka yang benar-benar ikhlas membela nasib RAKYAT, bukannya tembolok sendiri.
Negara tidak boleh lagi dibiarkan dalam keadaan ketidak-pastian yang akhirnya menjejaskan kehidupan rakyat.
Setuju jika PRU-15 diadakan segera?
0 Ulasan