Datuk Seri Najib Tun Razak menggelarkan Lim Kit Siang sebagai pengecut kerana enggan berdebat dengannya.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau dalam Facebook hari ini:
Kenyataan Uncle pagi ini.
1. Dia kata dia tak bersara politik.
2. Dia tak mahu debat dengan saya.
Alasan kali pertama tak debat (tahun 2019): Debat antara Kit Siang dengan Najib akan mencetuskan isu perkauman.
Alasan kali kedua tak debat (tahun 2022): Debat akan beri platform kepada Najib untuk menonjolkan diri dan menaikkan kredibiliti Najib.
Pengecut.
Berani fitnah dan tipu selama berpuluh tahun tapi kecut bila dicabar.
Lalu dia panggil saya kleptokrat tapi dia terus lupa kes rasuah banglo dan terowong anak dia.
Saya offer debat dalam Bahasa Inggeris dengan diapun dia kecut. Takkan nak saya debat dalam Bahasa Mandarin pulak?
Tak mahu debat tak apa. Jawablah sahaja soalan yang saya tanya pada dia dua minggu lalu:
1. Kenapa kamu meroyan lebih 10 tahun tentang kematian Teoh Beng Hock yang jatuh bangunan tapi kamu sepatah haram tidak pernah sebut tentang kematian mengejut saksi utama kes Terowong yang juga jatuh bangunan sebulan sebelum mendiang dijadualkan memberi keterangan dalam mahkamah.
2. Kenapa kamu sekian lama nak tuduh dan kaitkan saya dengan pembunuhan beberapa orang tetapi selepas PRU14 kamu pulak kata kamu tak pernah tuduh saya?
3. Kenapa kamu kata Malaysia bakal bankrap/gagal sejak 60 tahun lalu dari permulaan karier politik sehingga kononnya kamu bersara tetapi Malaysia belum bankrap/gagal lagi?
4. Kenapa kamu berpuluh tahun tuduh Tun Mahathir korup tetapi selepas bergabung dengan dia, kamu pulak kata kamu tidak pernah tuduh Tun Mahathir korup?
5. Saya tak pernah didakwa mencuri/merompak/ambil rasuah tetapi bawah akta AMLA sebab saya tak gunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi - sangat berbeza dengan anak kamu yang benar-benar didakwa minta/ambil rasuah dan penyelewengan harta bawah kanun keseksaan. Jadi, kenapa kamu gelar saya kleptokrat tetapi tak tuduh anakmu seorang kleptokrat?
6. Mana pendrive?
0 Ulasan