Isu kalimah Allah: SPIIM junjung titah raja-raja Melayu

 



SEKRETARIAT PERPADUAN ILMUWAN ISLAM MALAYSIA (SPIIM) 

KENYATAAN MEDIA 

ISNIN 29 MEI 2023 

1. Sekretariat Perpaduan Ilmuwan Islam Malaysia (SPIIM) telah mengadakan Mesyuarat Kali Pertama pada hari ini Isnin 29 Mei 2023 di Bilik Mesyuarat Tingkat 39 WTC, Kuala Lumpur. 

2. Mesyuarat memperakui 3 objektif SPIIM iaitu: i. Menjamin dan Mengukuhkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam pentadbiran dan pengurusan negara. ii. Memperkasakan perpaduan dan kesatuan umat Islam di Malaysia sebagai asas kerukunan bernegara iii. Menyuburkan keharmonian bermasyarakat di kalangan rakyat Malaysia yang bersifat majmuk, berbilang agama dan kaum. 

3. SPIIM turut menjunjung titah Raja-raja Melayu berhubung Kalimah Allah serta menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013 dan Mahkamah Persekutuan pada 2014 bahawa Kalimah Allah adalah khusus untuk umat Islam. 

4. SPIIM menyokong penuh usaha Kerajaan Perpaduan menyegerakan tindakan mengemas kini Arahan Pentadbiran dan Pekeliling KDN berhubung penguatkuasaan Kalimah Allah agar tidak berlaku lagi isu dan kes mahkamah seumpama kes Jill Ireland yang membawa masuk CD bertulis kalimah Allah pada tajuknya menerusi LCCT Sepang, Selangor. 

5. SPIIM turut menyeru semua pihak supaya meneruskan usaha-usaha berdakwah bagi memupuk masyarakat Madani yang membawa mesej Rahmah dan menolak kelompok yang memecahbelahkan masyarakat. 

6. SPIIM akan mengadakan Konvensyen Perpaduan Ilmuwan Islam dalam masa terdekat bagi menghimpunkan alim ulama dan ilrnuwan Islam bertujuan memperkasakan agenda Islam dalam kerangka Malaysia Madani. 

7. Mesyuarat dihadiri oleh Pengerusi Bersama SPIIM, Datuk Hj Dusuki Hj Ahmad, Datuk Seri Ust Ahmad Awang dan Haji Amidi Abdul Manan. Ahli mesyuarat terdiri daripada Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin dan Ustaz Mohd Edrus Ab Rahman mewakili UMNO. AMANAH pula diwakili oleh Datuk Wira Ustaz Abd Ghani Samsudin, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ust Ahmad Munsif Ismail. Manakala KEADILAN diwakili oleh YB Ust Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Ust Muhamad Muszaki bin Mohd Ozir. 

Catat Ulasan

0 Ulasan