Gubal undang-undang kekang agenda songsang LGBTQ - Dewan Ulama Pas

 



DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong sepenuhnya tindakan Kementerian Dalam Negeri melakukan rampasan terhadap jam tangan yang mengandungi unsur LGBTQ

DUPP berpandangan segala unsur yang mempunyai mesej tersirat terhadap LGBTQ harus ditangani dengan tegas dan tanpa kompromi. Seharusnya pihak tertentu lebih sensitif mengenai perkara ini serta menghormati Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. 

Malah, sudah tiba masanya peruntukan undang-undang khusus digubal bagi memastikan Malaysia sentiasa bebas daripada unsur-unsur songsang ini. Ia bagi membendung serta mencegah rintang normalisasi LGBTQ sama ada secara tersirat mahupun tersurat daripada masuk ke dalam negara. 

DUPP mengharapkan agar pendirian tegas ini terus konsisten pada masa akan datang. Malaysia perlu mempertahankan dasar untuk tidak menerima budaya ini masuk meskipun seluruh negara di dunia menerima LGBTQ sebagai cara hidup rakyatnya. 

Tidak ada hujah yang boleh merasionalkan perbuatan LGBTQ yang bertentangan dengan fitrah manusiawi. Jika mahu dituruti segala nafsu serakah manusia, nescaya ia tidak akan pernah berakhir.

YB USTAZ DATO’ AHMAD YAHAYA

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

10 Zulkaedah 1444 Hijri | 30 Mei 2023 Miladi

Catat Ulasan

0 Ulasan