PPPMM tegur kepincangan tender label hologram KKM

 



Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) memandang serius isu perolehan kerajaan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan dengan tender bagi membekal Label Keselamatan Hologram Bagi Produk Farmaseutikal Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (IKLAN TENDER NO. JADUAL 10-2023-PENSWASTAAN).

Beberapa kepincangan didalam pengiklanan tender perolehan tersebut adalah seperti berikut:

1. Tender yang bernilai lebih RM120juta terbuka kepada pembekal pembekal di mana hanya perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja.

Untuk pengetahuan, sebarang Cetakan Hologram syarat-syarat diperlukan adalah mempunyai Lesen KDN dan Surat Kelulusan Pejabat Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (CGSO), Jabatan Perdana Menteri) serta Dikhaskan kepada Syarikat 100% Bumiputera.

2. Apa fungsi EP jika tender yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan hanya memerlukan pembekal berdaftar dengan SSM sahaja.

Untuk makluman, ePerolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. ePerolehan bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal mendaftar/memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

3. Harga dokumen tender yang terlalu mahal bernilai RM5,000 dan tidak kembalikan sekiranya gagal memperolehi tender.

Dengan nilai dokumen tender yang terlalu mahal ini pasti akan menghadkan kebanyakan pembekal untuk mengambil bahagian dalam tender tersebut.

Pihak PPPMM juga berasa amat kecewa kerana perkara ini telah menidakkan peluang bagi pembekal-pembekal yang mempunyai mesin percetakan label keselamatan hologram yang diiktiraf CGSO.

4. Tempoh serahan dokumen-dokumen serta contoh barang yang terlalu singkat iaitu selama 21 hari. Dimana semua dokumen perlu diserahkan secara manual.

5. Memohon Menteri Kesihatan melihat semula tata kelola berkaitan dengan isu perolehan KKM serta PPPMM berharap agar tender ini ditarik balik dan membuat panggilan tender baru semula.

Pihak PPPMM dengan ini berharap agar Kementerian Kewangan serta Kementerian Kesihatan Malaysia memgambil serius berkaitan dengan pengiklanan tender-tender yang berkaitan dengan sistem keselamatan kesihatan serta perlu mengetatkan lagi aspek pematuhan mana-mana agensi kerajaan terhadap pekeliling kementerian berhubung kerjakerja mencetak atau pembekalan yang melibatkan Label Keselamatan Hologram Bagi Produk Farmaseutikal atau lain-lain yang berkaitan dengan sistem keselamatan kesihatan yang ditawarkan oleh kementerian, jabatan serta agensinya.

PPPMM juga memohon kerajaan supaya terus memberi ruang, perhatian, peluang serta sokongan sewajarnya kepada pencetak Bumiputera.

PPPMM turut menyeru semua ahli di dalam persatuan ini supaya terus bersatu demi survival industri pencetakan Bumiputera serta meningkatkan keupayaan perkhidmatan serta daya saing yang sihat dalam bidang ini.

DATO’ HAJI BADRUDDIN ABU BAKAR

PRESIDEN PPPMM

Catat Ulasan

0 Ulasan