Siapa UMNO di mata DAP?


 


SEMALAM Zahid Hamidi menyelar kata-kata Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS (TGHH) bahawa ada usaha untuk menjemput PAS dalam Kerajaan Campuran. 

Kata beliau kepada TGHH, ‘jangan nak perasan’. 

Barangkali beliau tidak membaca kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pada pertengahan Mei yang lalu. 

Lim Kit Siang sendiri mempelawa PAS dalam Kerajaan.

Akhirnya, kata-kata ‘jangan nak perasan’ itu dihempap ke atas muka Zahid semula. 

Lagipun semua orang tahu Zahid Hamidi bukan seorang yang berpegang pada janjinya. 

TGHH tidak akan membuang masa berunding dengan orang macam itu.

Zahid sebenarnya memang tidak perasan tapi DAP sudah perasan. 

Umno semakin jauh ditinggalkan orang Melayu. PAN lebih-lebih lagi la, langsung tidak masuk dalam perbincangan.

Umno tidak lagi menggendong aspirasi orang Melayu termasuklah umat Islam. 

Orang Umno pula semakin hilang keyakinan terhadap kepimpinannya. 

Kepimpinan Umno pro Kluster Mahkamah sedar atau tidak dengan situasi di lapangan itu tidak pastilah. Tetapi DAP sedar akan hakikat itu. 

Senang-senang Lim Kit Siang boleh pelawa PAS masuk. Mungkin nak test market senario politik baru. Tetapi PAS juga sedar hakikat itu.

Sokongan PAS dan PN semakin kukuh meskipun pundak kuasa Kerajaan Campuran PH-BN terus mencengkam. 

Menjelang PRN, Umno semakin tenggelam, hanyut dengan kepalsuan naratif yang dibawa Zahid Hamidi melalui suara Ahmad Maslan. 

Parti paling ekstrem menentang DAP dengan hujah yang kukuh, tiba-tiba mahu mempertahankan DAP demi kepentingan tertentu. 

Sudah tentu ia tidak akan berlaku. Zahid Hamidi semakin terdesak. Tunggu PN lancarkan serangan berganda tidak lama lagi. 

Kedah akan jadi salah satu medan peperangannya.

“Sayangi Kedah Sejahtera”
“Malaysia Sejahtera”

YB AWANG SOLAHUDDIN HASHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat
Ahli Parlimen Pendang
29 Mei 2023

Catat Ulasan

0 Ulasan