Gara-gara boikot, McDonald's saman BDS Malaysia

 


KUALA LUMPUR - BDS Malaysia telah menerima writ saman daripada McDonald's Malaysia ekoran tindakannya menyeru rakyat Malaysia memboikot Israel dan organisasi yang didakwa membantu rejim Zionis tersebut.

Menurut pertubuhan berkenaan, McDonald's Malaysia mendakwa BDS Malaysia telah memfitnahnya.

Walau bagaimanapun, BDS Malaysia menafikan tuduhan tersebut dan memutuskan untuk menyerahkan kepada mahkamah membuat pertimbangan atas perkara itu.

"BDS Malaysia telah menghubungi firma guaman Tetuan Raja Riza.

"Setelah berbincang dengan peguam kami, kami akan mengeluarkan kenyataan yang lebih terperinci," katanya dalam kenyataan media, hari ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan