Apa salahnya UMNO pegang semua jawatan ketua kampung di Selangor?

 

Megat Zulkarnain Omardin - Gambar: FB UMNO Selangor

Kecoh pula satu Malaysia apabila UMNO Selangor meminta kesemua jawatan ketua kampung di negeri itu diserahkan kepada mereka.

PKR Selangor terang-terang tak bersetuju dengan cadangan yang dibuat Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai balasan menyerahkan kuota 20 jawatan Ahli Majlis PBT kepada PH. 

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari pula tumpang sekaki menyibuk apabila bersetuju dengan bantahan PKR Selangor walaupun isu itu tak ada kena mengena dengan dia.

Memang patut pun UMNO Selangor buat permintaan itu setelah terlalu banyak berkorban untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan di Selangor.

Semasa PRN Selangor pun, orang UMNO yang bermati-matian membantu kempen PH walaupun hanya diberi 12 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi DUN Selangor.

Daripada 10 orang Exco Kerajaan Negeri Selangor, hanya seorang sahaja dari UMNO. Yang lain dari PH dan Menteri Besar Selangor pun dari PKR.

Apalah sangat jawatan ketua kampung itu kalau hendak dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan UMNO dalam memperkasakan Kerajaan Perpaduan di Selangor?

Lagipun UMNO Selangor tidak mahu jawatan Ahli Majlis PBT dan menyerahkan semuanya kepada sekutu-sekutu mereka dalam PH. 

Semua orang tahu UMNO mempunyai kekuatan di kawasan luar bandar dan PH pula berpengaruh besar di kawasan bandar.

Jadi apa salahnya orang UMNO pegang jawatan ketua kampung dan orang PH pegang jawatan Ahli Majlis PBT?

Nampak sangat mereka yang membantah cadangan Datuk Megat itu berfikiran singkat dan tidak memikirkan manfaat yang lebih besar bakal dikecapi oleh kedua-dua pihak.

Mungkin mereka takut UMNO akan kembali menjadi perkasa dan gagah seperti dahulu tetapi kebimbangan mereka itu langsung tidak berasas.

UMNO di bawah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan tetap setia dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan walaupun tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbinya.

HEBAT!!

Catat Ulasan

0 Ulasan