Bersatu Bangi kecam sikap ambil mudah PM tangani kebiadaban Ngeh Koo Ham

Wan Saiful Wan Jan (Gambar: Faceoobook)


𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀

𝐉𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐠𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐢𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐠𝐞𝐡 𝐊𝐨𝐨 𝐇𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐀𝐏

1. BERSATU Bangi menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang mengingatkan rakyat Malaysia khususnya mereka yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia.

2. BERSATU Bangi menyokong penuh dan menjunjung titah DYMM Tuanku bahawa MKI yang dipengerusikan oleh Baginda dianggotai oleh pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya yang melibatkan undang-undang dan Agama Islam. 

3. BERSATU Bangi menyeru seluruh rakyat Selangor dan rakyat Malaysia sama-sama menyokong titah DYMM Sultan Selangor.

4. BERSATU Bangi menolak permohonan maaf Ngeh Koo Ham yang kononnya menarik balik cadangan supaya orang bukan Islam dilantik ke jawatankuasa berkaitan urusan orang Islam, dan turut menolak juga alasan-alasan yang diberikan oleh DAP mengenai perkara ini. 

5. BERSATU Bangi merasakan bahawa ini adalah taktik lama DAP yang telah berlaku berulang kali dan telah menjadi kebiasaan mereka, iaitu melontarkan pandangan yang biadap dan mengancam perpaduan negara kemudian dengan sambil lewa menarik balik atau mohon maaf begitu sahaja.

6. BERSATU Bangi mengecam sikap ambil mudah oleh Anwar Ibrahim dan kerajaan PH-BN yang sehingga hari ini tidak mengambil sebarang tindakan serius terhadap Ngeh dan DAP.  

7. Jika pemimpin atau aktivis BERSATU bercakap mengenai hak orang Islam dan Melayu, maka pelbagai agensi dikerah mengambil pelbagai tindakan segera. Tetapi apabila DAP biadap, mohon maaf sambil lewa melalui Facebook sahaja nampaknya sudah cukup bagi Anwar dan UMNO.

8. BERSATU Bangi mendesak agar ada ketegasan dalam isu ini dari dua sudut. 

9. Pertama, pihak berkuasa, baik PDRM mahupun SKMM, mesti membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen DAP yang sengaja menyentuh isu 3R. Kedua, para pemimpin UMNO perlu mengambil sikap tegas dan berusaha kembali menjadi jantan dengan cara menarik sokongan daripada Anwar Ibrahim sekiranya dia terus berlembut dengan kebjadapan DAP. BERSATU Bangi menuntut para pemimpin UMNO berhenti menjadi "apologist" dan jurukempen DAP di kalangan orang Melayu-Islam.

10. BERSATU Bangi turut merakamkan ucapan tahniah kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang telah menyatakan pandangan tegas mereka mengenai isu ini serta telah menghantar memorandum bantahan ke ibupejabat DAP. Parti-parti politik yang berpegang dengan kontrak sosial harus menyokong dan membawa suara NGO-NGO ini ke peringkat yang lebih tinggi.

𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐖𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐖𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐧

𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐢

𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔

𝟒 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒


Check out Mattress Topper Queen/King/Single Mattress Foldable Mattress Soft Tilam Ready Stock for RM24.00 - RM68.00. Get it on Shopee now! https://shope.ee/8pMS62i1Wz?share_channel_code=1 

Catat Ulasan

0 Ulasan