Semoga ada keadilan untuk Bossku Najib Razak

 



Tinggal beberapa minggu lagi kita akan bernaung di bawah Yang di-Pertuan Agong yang baharu.
Namun, setakat ini belum ada pengumuman memberangsangkan daripada pimpinan Kerajaan Perpaduan khususnya UMNO mengenai permohonan pengampunan diraja untuk Datuk Seri Najib Razak.
Kita tak tahu sama ada permohonan telah sampai ke Lembaga Pengampunan.
Penyokong Bossku di dalam dan luar UMNO sangat berharap beliau dikurniakan pengampunan bulan ini.
Aura dan karisma Bossku amat diperlukan untuk memulihkan semangat ahli-ahli UMNO yang semakin merudum selepas kalah teruk PRU15 dan pada 6 PRN.
Kerajaan Perpaduan juga boleh memanfaatkan pengaruh Bossku untuk menarik semula sokongan rakyat tatkala mereka berdepan asakan yang maha dahsyat daripada PN ketika ini.
Memang benar Bossku ada kes-kes lain yang belum selesai.
Tetapi banyak yang Bossku boleh sumbangkan kepada UMNO dan Kerajaan Perpaduan jika beliau dibebaskan.

Catat Ulasan

0 Ulasan