Janji PMX laksana segera projek RTB hanya tinggal janji - Tuan Ibrahim

 



KERAJAAN PERLU SEGERA LAKSANA RANCANGAN TEBATAN BANJIR

Saya menjunjung kasih atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertitah agar pembinaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang telah dirancang di negeri Pahang disegerakan. Gesaan Tuanku agar projek itu tidak dipolitikkan perlulah diberi perhatian dan dipandang serius oleh kerajaan.
Saya berpendapat bahawa perhatian serius dan tindakan segera ini perlu diambil kepada kesemua 25 projek tebatan banjir yang telah dirancang oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) semenjak 2020. Daripada jumlah itu, sebanyak 7 projek RTB ini terletak di dalam negeri Pahang.
Janji YAB Perdana Menteri untuk segera memulakan projek RTB diseluruh negara pada Jun 2023 hanya tinggal janji. Projek ini terus dikesampingkan daripada perhatian dan menjadi janji politik apabila ianya terus sekadar menjadi ikrar. Terbaharu, YAB Timbalan Perdana Menteri pula menyatakan kerajaan akan menyegerakan projek RTB ini ketika beliau berada di Johor baru- baru ini.
Sampai bila rakyat harus menanggung kerugian akibat banjir dan menunggu janji- janji yang dilafazkan oleh kedua- dua pemimpin utama negara. Saya menasihatkan kepada kerajaan agar serius untuk menjaga kebajikan rakyat dan mendengar titah Baginda Tuanku.
Tumpukan kerja tanpa takut kepada bayang- bayang ciptaan sendiri.
YB DATO' SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS / Ahli Parlimen Kubang Kerian
13 Januari 2024


Check out BABY KEK LAPIS SARAWAK MIN ORDER 2 BIJI!! for RM9.99 - RM11.50. Get it on Shopee now! https://shope.ee/7KXrZMC16f?share_channel_code=1

Catat Ulasan

0 Ulasan