Gambar: Facebook Hamzah Zainudin |
KENYATAAN MEDIA
SERANGAN ‘MOLOTOV COCKTAIL’ SALAH TAPI MENGAITKAN BERSATU & PAS SANGAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
1. Perbuatan khianat pihak tertentu membaling ‘molotov cocktail’ ke kediaman YB Dato’ Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas, sehingga menyebabkan beberapa kenderaan pemimpin DAP itu terbakar tidak boleh diterima sama sekali dan perlu diadili melalui tindakan undang-undang.
2. Polis perlu segera memburu dalang sebenar di sebalik kejadian khianat itu kerana perbuatan tersebut bukan sahaja bercanggah dengan undang-undang, tetapi juga mencabuli prinsip kehidupan bermasyarakat di negara ini yang sememangnya terkenal dengan suasana aman dan harmoni.
3. Pada masa yang sama, tindakan Ngeh mengaitkan BERSATU dan PAS dalam insiden tersebut adalah sangat tidak bertanggungjawab.
4. Sayugia diingatkan dalam urusan agama Islam ini tak perlu dicampuri oleh pihak luar yang tidak berkaitan, kerana apabila dicampuri, orang Islam akan bangkit tanpa perlu diapi-apikan. Sebab itu daripada menuduh, sepatutnya beliau memohon maaf dan insaf tanpa menuduh orang lain.
5. Semua pihak perlu mengambil ikhtibar daripada kejadian sebegini agar berhati-hati dalam melontarkan sesuatu pandangan, apatah lagi jika ianya menyentuh mengenai hal-hal sensitif kerana kita tidak mahu disebabkan nila setitik rosak susu sebelangga, sedangkan nikmat keamanan yang dikecapi ini tidak dibina dalam tempoh semalaman.
DATO' SERI HAMZAH ZAINUDIN
SETIAUSAHA AGUNG
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
11 Januari 2024, Kuala Lumpur
Check out 🔥TILAM PERCUMA LAPTOP DELL/HP🔥(DR.SPINAL HEALTH MATTRESS) (Support Health Care Mattress) TILAM QUEEN (Single/Queen/King) for RM288.00 - RM688.00. Get it on Shopee now! https://shope.ee/9UcK6KuRv6?share_channel_code=1
0 Ulasan