Rakyat patut berjimat guna air, bukan komplen bila tarif naik

Kadar tarif yang terlalu rendah selama ini menyebabkan rakyat Malaysia suka membazir. Gambar hiasan: Steve Johnson (https://www.pexels.com/photo/stainless-faucet-861414/)

Ramai yang bising apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan kenaikan tarif air sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu mulai 1 Februari 2023.

Sudah tentu Kerajaan Perpaduan yang menjadi sasaran kemarahan rakyat yang tidak berpuas hati dengan kenaikan yang sebenarnya masih amat rendah jika dibandingkan dengan kos sebenar yang terpaksa ditanggung syarikat bekalan air di negeri-negeri.

Apalah sangat tambahan 22 sen tu? Lagipun, pertambahan hasil yang dikutip oleh syarikat bekalan air seterusnya akan digunakan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberi kepada pengguna.

Rakyat bising apabila paip selalu bocor, air serupa macam teh tarik dan bekalan air terputus akibat pelbagai masalah. 

Mereka tahu komplen sahaja tetapi bila kerajaan naikkan tarif air tak suka pula.

Apa rakyat ingat kerja-kerja menukar paip lama, membina loji rawatan air dan menghantar lori tangki air bila ada gangguan bekalan air itu tak payah keluarkan duit?

Kos semua kerja itu semakin meningkat dan kalau tarif air tak naik, lama-lama syarikat bekalan air pun boleh gulung tikar.

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengubah mentaliti subsidi yang sudah terlampau lama bersarang dalam diri masing-masing akibat terlalu dimanjakan kerajaan-kerajaan sebelum ini.

Mereka sepatutnya menjimatkan penggunaan air. Buang amalan membazir seperti mandi tiga kali sehari, basuh kereta setiap minggu dan siram pokok bunga menggunakan paip getah.

Rasanya mandi sekali sehari pun dah cukup, basuh kereta bila dah terlampau kotor atau berlumpur dan siram bunga guna bekas penyiram. 

Sifirnya mudah sahaja. Lebih baik air anda gunakan, lebih tinggi bil yang perlu dibayar. 

Pilihan di tangan anda, mahu berjimat atau teruskan membazir. Anda mampu mengubahnya. 


Check out NEW! Body Compound Scratch Repair Agent Car Scratch Repair Kit Auto Body Compound Polishing Grind Paste Paint Care Set for RM6.10 - RM9.60. Get it on Shopee now! https://shope.ee/1qD2UM5fWb?share_channel_code=1 

Video panas!!!: https://youtu.be/fGiZ5fQlDyw?si=8PCt41Tzd3gXho32


Catat Ulasan

0 Ulasan