SAINS kekal subsidi 93,909 akaun domestik - MB Negeri Sembillan

 

Gambar: Facebook Aminudin Harun


KENYATAAN MEDIA



YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
PELARASAN TARIF AIR DOMESTIK DAN PENGENAAN CAJ ELEKTRIK UNTUK
PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN PERKHIDMATAN AIR DI NEGERI SEMBILAN
_______________________________________________________________________________________

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) akan terus mempertingkatkan mutu
perkhidmatan bekalan air di negeri ini walaupun berdepan pelbagai faktor yang semakin
meningkat saban tahun.

Masalah paip pecah, bocor, aset dan infrastruktur bekalan air yang uzur dan berusia serta
sistem rawatan dan agihan bekalan air yang perlu ditambah baik dari semasa ke semasa
perlu untuk memastikan bekalan air terawat kepada pengguna sentiasa berterusan dan
mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Justeru itu, pada 13 Disember 2023 Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan
Perlaksanaan Pelarasan Kadar Bekalan Air untuk Kategori Domestik dan Pengenaan Caj
Elektrik berkuatkuasa pada 1 Februari 2024.

Untuk makluman, pelarasan tarif air domestik kali terakhir dilaksanakan di Negeri Sembilan
adalah pada tahun 2002 iaitu 22 tahun yang lalu.

Sebanyak 478,836 akaun terlibat yang mana sebanyak 409,219 (86%) merupakan akaun
domestik. Pelarasan tarif baru ini akan berkuatkuasa pada 1 Februari 2024 mengikut kadar
seperti berikut:




Walaubagaimanapun, SAINS masih mensubsidi 93,909 akaun domestik yang
menggunakan air kurang dari 20 meter padu sebulan kerana kadar baru masih dibawah
kos operasi SAINS (rawatan, agihan dan penambahbaikan) iaitu sebanyak RM1.00 per meter
padu.

Purata penggunaan air satu isi rumah di Negeri Sembilan ialah sebanyak 22 meter padu
sebulan. Impak kepada kenaikan bil bulanan adalah sebanyak RM3.68 atau 12 sen sehari
sahaja.

Manakala, kadar baru tarif ‘selain’ domestik akan dikenakan caj elektrik sebanyak 9 sen
per meter padu seperti berikut: 



Untuk makluman, pelaksanaan pelarasan tarif air kali ini melibatkan semua negeri namun
dengan kadar yang berbeza mengikut kadar negeri masing-masing.

Jangkaan pendapatan tambahan dari pelarasan tarif domestik kali ini adalah sebanyak
RM1.2 juta sebulan (atau RM14.4 juta setahun) dan akan digunakan untuk membiayai
projek-projek penambahbaikan perkhidmatan bekalan air.

Sementara itu, pendapatan dari pengenaan caj elektrik kepada semua kategori akaun akan
digunakan untuk menampung Imbalance Cost Past Through (ICPT) yang dikenakan oleh
TNB kepada SAINS.

Dengan kenaikan ini diharapkan dapat mebantu SAINS untuk memperbaiki perkhidmatan air
di Negeri Sembilan.

DATO’ SERI UTAMA HAJI AMINUDDIN BIN HARUN
Menteri Besar Negeri Sembilan
17 Januari 2024

Catat Ulasan

0 Ulasan