Tarif air naik, cukai baharu bertambah pula

 



Menjelang 1 Februari ini, rakyat Malaysia di seluruh negara akan menyaksikan kenaikan tarif air sebanyak 22 sen semeter padu, atau sebanyak 15 peratus.

Sebelum kenaikan harga terbaharu tarif air ini, rakyat Malaysia terpaksa berdepan dengan cukai-cukai baharu antaranya:


Kesemua ini sudah tentu menjejaskan kuasa beli pengguna di semua lapisan masyarakat.

Tambahan lagi, proses pelaksanaan LVGT 10 peratus bagi e-dagang juga dibimbangi tidak telus, dan membuka ruang kepada penyalahgunaan, penipuan cukai dan kenaikan harga sewenang-wenangnya oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Perkenalkan semula sistem GST

Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 dan PRU15 telah menekankan penurunan harga barangan dan kos sara hidup. Oleh itu, amat ironik apabila kerajaan hari ini memilih untuk melaksanakan pelbagai cukai baharu untuk menggantikan GST sehingga menyebabkan kenaikan harga barangan, dan juga tarif air serta elektrik.  

Rakyat juga tentu kecewa dengan DAP, kerana wakil rakyat mereka, khususnya mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Timbalan Menteri Kewangan sedia ada yang juga adiknya, Lim Hui Ying, dilihat tidak membantah dasar-dasar yang membebankan rakyat ini. 

Pada tahun 2017, pelaksanaan GST pada kadar 6 peratus berjaya meraih RM44 bilion untuk pendapatan negara, berbanding dengan hanya RM31 bilion pada tahun 2022, perbezaan yang sangat ketara iaitu sebanyak RM13 bilion. Demi menebus kerugian ini, kerajaan Madani di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dengan sokongan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah “melemaskan” rakyat dengan cukai-cukai baharu, di samping menarik balik subsidi untuk minyak, elektrik dan air.

Persoalannya, bukankah lebih pragmatik untuk melaksanakan semula GST tetapi pada kadar 4 peratus, berbanding dengan cukai-cukai baharu yang lebih tinggi? Tambahan lagi, GST sudah dibuktikan lebih telus, mampu mengurangkan ketirisan dan memiliki skop kutipan yang lebih meluas? Malah, GST juga menggalakkan perbelanjaan berhemah di kalangan rakyat.

Langkah ini jauh lebih baik berbanding dengan keputusan kerajaan Madani untuk menaikkan kadar SST dari 6 peratus kepada 8 peratus, iaitu dua kali ganda cadangan MCA untuk membawa balik GST pada kadar 4 peratus.

Chris Daniel Wong
Timbalan Pengerusi Biro Media Baru MCA Wilayah Persekutuan
17 Januari 2024


Catat Ulasan

0 Ulasan