Tambah dos 2 sudu sawit sehari, Wee Ka Siong sindir Teresa Kok

 

Gambar: Facebook Wee Ka Siong


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menempelak Teresa Kok kerana mencadangkan supaya MCA keluar dari BN.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau melalui Facebook hari ini:

Teresa Kok, kamu nak buat wawancara dengan media mana itu hak kamu. Cakap segala kebaikan dan kehandalan kamu. Saya tak kisah. Tapi, jangan kutuk parti lain termasuk MCA. PANTANG!

Teresa Kok, awak ini buat kenyataan bagi pihak Kerajaan Madani atau parti DAP?

Teresa Kok, kamu saran agar MCA keluar BN sebab kamu kata parti MCA tiada prinsip, hilang arah dan sesat.

Alasan Teresa ialah sebab kami pernah bekerjasama dengan PAS pada tahun 2020 setelah kerajaan PH 1.0 tumbang. Saya nak beritahu Teresa bahawa kami bekerjasama dengan PAS membentuk kerajaan sebab ianya keputusan bersama BN. Siapa Pengerusi BN masa itu? Sama dengan keadaan ketika ini di mana MCA sokong kerajaan hari ini sebab menjunjung Titah Tuanku Agong seperti mana yang didokong bersama oleh BN.

Susah untuk faham ke? Jika masih tak faham, tambah dos kepada dua sudu sawit sehari.

Nak main prinsip, ya? Saya nak tanya dia:

1. Parti mana yang kerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat dari tahun 2008 hingga 2015?

2. Parti dan gabungan apa yang bantu DAP bentuk kerajaan selepas PRU15? Siapakah Timbalan Perdana Menteri sekarang?

3. Ke mana perginya janji-janji parti DAP berdekad-dekad lamanya kepada golongan bukan Melayu - terutamanya pada kaum Cina?

Teresa Kok langsung tak layak untuk bincang tentang prinsip.

Teresa Kok, kamu memang tiada locus standi dan tidak layak menjadi jurucakap BN atau UMNO nak mengusir keluar MCA dari BN kerana BN ini ditubuhkan bersama oleh UMNO, MCA & MIC. Faham? Tidak ada kena mengena dengan kamu!

Teresa, jangan jaga tepi kain orang. None of your business!

Jangan menyibuk!

Catat Ulasan

0 Ulasan