Tun Mahathir tokoh negarawan yang amat adil kepada semua kaum

 

Gambar: Facebook Mahathir Mohamad


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ADALAH TOKOH NEGARAWAN YANG AMAT ADIL DAN MELAYU ADALAH BANGSA YANG BAIK

Ramai orang tidak faham dengan apa yang tersurat serta tersirat mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap bangsa-bangsa lain di negara kita.

Tambahan pula, kadangkala pihak pengamal media suka 'spin' kenyataan-kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk disensasikan sehingga  memburukkan lagi keadaan dengan agenda melariskan berita-berita mereka.

Sekiranya kita teliti secara lebih mendalam kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai masyarakat India baru-baru ini hakikatnya beliau tidak mempersoalkan mengenai kesetiaan orang-orang India pada tanah air ini.

Ungkapan Tun Dr Mahathir Mohamad mesti dikaji dan ditelitikan secara terperinci akan maksud sebenarnya.

Tun Dr Mahathir Mohamad senantiasa bersikap adil kepada semua bangsa-bangsa di negara kita dari dulu, kini dan selamanya.

Sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad seorang tokoh negarawan terulung yang zalim sudah pasti ketika memimpin negara selama 22 tahun serta 22 bulan yang lalu semua bangsa-bangsa lain sudah pasti ditekan atau dipupuskan.

Pernahkah Tun Dr Mahathir Mohamad mendiskriminasikan mana-mana bangsa lain di negara kita ini?

Di bidang ekonomi  bangsa Cina dan India di negara kita mengecapi lebih banyak munafaat dari orang-orang Melayu dalam agenda merebut peluang-peluang  kekayaan negara. 

Bukankah Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengujudkan ramai jutawan-jutawan Cina serta India pada suatu masa dahulu dan tidak pernah dipertikaikan langsung oleh bangsa Melayu?

Ketika menjawat kuasa sebagai Perdana Menteri kita boleh melakukan pelbagai tindakan untuk menyekat apa saja peluang-peluang pada bangsa-bangsa lain di negara kita.

Proses pengdemokrasian pendidikan dilaksanakan secara adil kepada semua bangsa-bangsa lain  sepertimana yang dikecapi oleh anak-anak Melayu.

Malahan, Tun Dr Mahathir Mohamad mencetuskan pemikiran untuk mengujudkan sekolah 'Wawasan' bagi merapatkan jalinan hubungan silaturrahim antara anak-anak Melayu dengan anak-anak dari bangsa-bangsa lain di bidang pendidikan.

Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad itu seorang yang rasis sudah pasti beliau akan bertindak untuk mengasingkan anak-anak Melayu dengan anak-anak bangsa lain agar mereka terpinggir lebih jauh.

Ini adalah satu kaedah untuk memupuk nilai-nilai asimilasi di antara bangsa-bangsa atau kaum-kaum di negara kita bagi mencapai matlamat integrasi nasional yang lebih akrab.

Selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957 kaum Melayu tidak pernah menentang pemberian satu juta kewarganegaraan pada kaum-kaum pendatang pada waktu itu. 

Kaum-kaum pendatang diberi ribuan ekar tanah-tanah dan meminta agar sekolah-sekolah vernakular berteraskan bahasa Cina serta India dilaksanakan sehingga hari ini tidak pernah dihapuskan.

Niat murni Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengujudkan sekolah 'Wawasan' ke arah merapatkan tali hubungan antara bangsa-bangsa bagi mencapai agenda perpaduan nasional di negara kita ditolak oleh Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bangsa lain dan kita menghormatinya.

Semua pihak jangan lupa pada waktu itu kepimpinan dan kuasa politik Melayu amat kuat.

Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan kepimpinan Melayu boleh buat apa saja pada saat dan ketika itu jika mahu mensabotaj hak-hak bangsa-bangsa lain tetapi ianya tidak pernah berlaku.

Ini adalah kerana Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang tokoh negarawan yang amat adil manakala bangsa Melayu adalah kaum yang cukup baik.

Lihat saja bagaimana bangsa Cina sebagai contohnya diasimilasikan di Indonesia, Thailand serta beberapa negara-negara lain di dunia ini.

Mereka kena guna nama sepertimana kaum asal, mengamalkan bahasa serta budaya negara tersebut tanpa kompromi.

Di Malaysia selepas negara kita merdeka pada tahun 1957 masih ramai bangsa-bangsa dari kaum pendatang yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia secara baik.

Apatah lagi untuk memahami adat resam mahupun budaya Melayu di tanahair yang tercinta ini.

Tidak ada sesiapa pun yang boleh menafikan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan bangsa Melayu amat menyayangi semua bangsa-bangsa lain di bumi Malaysia ini.

Dalam masa yang sama kita aat menghormati perlembagaan negara serta menghormati hak-hak bangsa-bangsa lain di negara kita.

Jangan sesiapapun pertikai kontrak sosial yang telah dimeterai dan  dipersetujui secara bersama ketika menggubal perlembagaan negara.

Tetapi dalam masa yang sama bangsa-bangsa lain pun harus bersikap terbuka untuk menghayati nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad agar mereka juga mesti bersikap adil pada bangsa Melayu ke  arah memahami secara lebih mendalam mengenai bahasa, adat resam dan budaya Melayu sekurang-kurangnya.

Bangsa-bangsa lain  tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam kerana kita menghormati kepelbagaian agama sepertimana ajaran agama Islam berteraskan Al-Quran serta As-Sunnah.

Semua pihak kena fahami setiap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad secara yang tersurat dan tersirat serta tolong jangan 'spin' kenyataan beliau di luar konteks semata-mata untuk mensensasikan sesuatu berita yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Sesungguhnya juga, Tun Dr Mahathir Mohamad sering menasihati bangsa Melayu agar jangan cemburu dengan kemajuan bangsa-bangsa lain tetapi orang-orang Melayu kena terus berusaha secara konsisten untuk menebuskan semula maruah anak bangsa.

Inilah matlamat Tun Dr Mahathir Mohamad tubuh gerakan Proklamasi Orang Melayu bagi menyatu-padukan seterusnya terus berjuang dalam pelbagai sektor bagi memperkasakan kedudukan serta menebus semula maruah orang-orang Melayu agar dihormati di dalam mahupun luar negara.

Hak-hak bangsa-bangsa lain akan terus dihormati sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Apakah sikap adil dan murni Tun Dr Mahathir Mohamad ini dianggap membenci bangsa-bangsa lain di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Cukup-cukuplah dengan agenda untuk memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tiada ada siapa pun yang boleh memadam fakta sejarah yang membuktikan di sebaliknya.

Yang nenar,

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

14 Januari 2024


Check out Camping Chair Folding Chair Outdoor And Indoor Use Folding Chair Fishing Chair Beach Chair Portable露營椅 for RM13.90 - RM25.90. Get it on Shopee now! https://shope.ee/4VDhIo5gQQ?share_channel_code=1 

Catat Ulasan

0 Ulasan