Formula Rafizi paling jahanam "Najib turun ringgit naik" - Puad


ADA SOALAN NAK BAKAR RAFIZI?

Menurut Rafizi kejatuhan ringgit bermula tahun 2015 akibat skandal 1MDB. Itu jawapan Rafizi dalam podcastnya “Yang Bakar Menteri”. 

Buat apa “bakar menteri” macam Rafizi. Rakyat mahu “solution”. Kita mahu formula realistik termasuk pengukuhan nilai ringgit.

Tidak payah cari salah termasuk cerita basi kononnya 1MDB punca ringgit jatuh. Tahukah Rafizi nilai ringgit kukuh semula pada tahun 2017 hingga ke PRU ke 14 2018. 





Formula Rafizi paling jahanam ialah “Najib turun ringgit naik”. Rupanya sejak Najib turun ringgit makin turun sebanyak 24.1% berbanding USD.

Rakyat Malaysia tidak marah pada Rafizi. Mereka tidak akan bakar dia. Menteri akan terbakar sendiri jika terus temberang.

DATUK DR MOHD PUAD ZARKASHI
Ahli MKT UMNO

Catat Ulasan

0 Ulasan