Tony Pua benci Najib gambaran sikap sebenar penyokong DAP

Gambar: Facebook Tony Pua

Hari ini pemimpin DAP, Tony Pua dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung tindakannya mempersoalkan pengampunan separuh dan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Sejak dari hari pertama berita gembira tentang Bossku diumumkan, Tony tidak berhenti-henti meroyan dalam Facebook.


Sikap Tony itu tidak menghairankan kerana beliau memang dikenali dengan sikap anti-Najib sejak dari zaman BN jadi kerajaan lagi.

Tetapi kali ini Tony silap besar sebab mempersoalkan tentang pengampunan yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semasa PMX menerima pengampunan penuh daripada Agong pada 2018 dahulu, Tony dan pemimpin-pemimpin PH yang lain tidak pun mempersoalkannya.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang ketika itu berada di kem pembangkang.




Jadi, mengapa Tony bersikap sangat celopar dan biadab sekarang?

Lebih memeranjatkan, kebiadaban Tony itu disokong oleh sebahagian besar penyokong tegar DAP. 

Baca sahajalah komen-komen mereka di laman Facebook Tony dan kita boleh tahu perangai tidak semenggah mereka.

Sekiranya DAP di bawah pimpinan Anthony Loke gagal mengawal Tony dan mengambil tindakan tegas terhadapnya, UMNO patut mempertimbangkan semula perkahwinannya dengan DAP.

Sia-sia sahaja pemimpin-pemimpin UMNO puji melambung DAP semasa kempen enam PRN dahulu walhal pemimpin-pemimpin DAP seperti Tony bersangka buruk terhadap UMNO dan sangat membenci Bossku.

Persoalannya, beranikah Anthony mengambil tindakan terhadap Tony yang masih besar pengaruhnya dalam DAP walaupun tiada jawatan?


Catat Ulasan

0 Ulasan