Fan Bingbing berjaya meletakkan Melaka di peta pelancongan dunia - Rauf


Pelantikan selebriti dan ikon antarabangsa China, Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka (Melaka Friendship Ambassador Tourism) Duta Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berjaya meletakkan Melaka dalam peta pelancongan dunia.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kejayaan itu terbukti apabila lebih 1 bilion carian nama “Fan Bingbing” dan “Melaka” direkodkan dalam WeChat China pada 14 Jun 2024 dan 15 Jun 2024.

Menurut beliau, tempias daripada populariti Fan Bingbing yang mempunyai sejumlah lebih 65 juta pengikut di pelbagai platform media sosial secara tidak langsung membantu mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

"Dalam tempoh singkat sahaja kehadiran Fan Bingbing ke Melaka, Duta Setiakawan Pelancongan Melaka ini berjaya mempromosikan tempat-tempat pelancongan terkenal di Melaka," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, ramai netizen mempersoalkan langkah kerajaan negeri Melaka melantik Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka. - TUKANG TULIS





Catat Ulasan

0 Ulasan