PAS kawan semula dengan UMNO? Fadhli memang buta - Puad


Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini:

Tiba-tiba Pas  mahu selamatkan UMNO. Jika sokong PN, UMNO akan selamat? Fadhli Shaari Ketua Penerangan PAS memang buta.

Masa UMNO dalam kerajaan PN di bawah Muhyiddin, sudahlah UMNO dilayan macam pengemis, UMNO ditikam belakang masa PRN Sabah.





Muktamar PAS putus bekerjasama dengan UMNO tetapi kena veto oleh pemimpin pelahap PAS yang mahu bolot semua jawatan.

Maka bagaimana nak selamatkan UMNO? Sebenarnya PAS cari jalan UMNO keluar dari kerajaan hari ini kerana beri kelebihan pada UMNO. Kalau UMNO keluar, Pas masuk.

Catat Ulasan

0 Ulasan