TheNoor jelaskan insiden terkini babitkan Neelofa


TheNoor, sebuah syarikat pembangun Aplikasi Gaya Hidup Muslim, ingin menjelaskan insiden terkini yang melibatkan pengasas kami, Neelofa. 

Satu gambar yang tidak sesuai dengan etika Islami telah pun dimuat naik dalam media sosial oleh salah satu jenama Neelofa untuk mempromosikan produk yang tidak berkaitan dengan TheNoor. 

Kami memahami bahawa insiden ini telah menimbulkan kebimbangan dan mungkin telah menyebabkan kekeliruan mengenai nilai dan amalan syarikat kami di TheNoor.

Pertama sekali, kami ingin menjelaskan bahawa TheNoor tidak terlibat sama sekali dalam penghasilan atau pengedaran gambar tersebut. 

Kandungan yang dimaksudkan itu hanya berkaitan dengan produk lain dan tidak mewakili strategi pemasaran atau piawaian etika TheNoor.

Di TheNoor, kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran. 




Komitmen kami untuk mengekalkan jenama yang profesional dan menghormati masyarakat tidak akan pernah berubah. 

Kami amat kesal atas sebarang kesulitan atau salah faham yang mungkin telah menggusarkan pelanggan, rakan kongsi, dan pihak berkepentingan kami.

Kami mengambil serius perkara ini dan sedang menyelesaikan hal ini di peringkat dalaman untuk memastikan insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan. 

TheNoor tetap komited untuk mengekalkan piawaian integriti dan profesionalisme yang tertinggi dalam semua aspek perniagaan kami.

Kami menghargai semua yang memahami dan yang berterusan menyokong kami ketika kami menangani situasi ini. 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi unit komunikasi media kami.

Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara penting ini.

Jazakumullah Khairan,
Co-Founder / CEO of TheNoor

Catat Ulasan

0 Ulasan