PAS berniat mahu bunuh UMNO - Puad


Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMMO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini:

Ketua Penerangan PAS mendakwa UMNO perlukan PAS untuk bangkit semula. 

Tidak perlu hipokrit. PAS dulu, kini dan selamanya berniat mahu bunuh UMNO.

Sebab itu PAS main kayu tiga. PAS guna MN dan PN untuk pecahkan UMNO dan orang Melayu.

Lebih baik PAS bantu Bersatu yang tinggal nyawa-nyawa ikan. 




Baru PAS tahu mereka memikul biawak hidup (Bersatu) yang menyusahkan.

Cakap Fadhli Shaari itu alasan PAS untuk rujuk semula pada UMNO. 

Tapi sudah terlambat. UMNO tidak akan masuk lubang biawak dua kali.

Catat Ulasan

0 Ulasan