Rakyat sangat marah kerajaan janji lain buat lain - Akmal


Berikut adalah kenyataan penuh Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berhubung isu penarikan subsidi diesel dalam hantaran Facebook beliau malam tadi:

Bila kerajaan buat penyelarasan subsidi diesel, apa yang rakyat sangat marah bukanlah soal penyelarasan tersebut, tetapi soal janji yang telah dilemparkan dulu dan pelaksanaan yang berbeza hari ini.

Lagi rakyat marah bila salahkan pelbagai pihak menjadi punca penyelarasan subsidi diesel, salahkan nelayan dan salahkan penyeludup.

Kalau dah tahu ada salah laku,ambillah tindakan, kalau tidak cukup penguat kuasa untuk memantau tambahlah penguat kuasa bukan main persepsi ini salah, itu salah tetapi penguatkuasaan tiada!




Admit it and move forward!! Bukan salahkan mana-mana pihak.

Rakyat boleh faham soal prinsip kenapa penyelarasan subsidi perlu dilakukan, tetapi biarlah secara berperingkat bukan mengejut kerana sudah tentu akan mengakibatkan kejutan ekonomi rakyat, sebab tu dulu zaman BN penyelarasan subsidi kita buat berperingkat tetapi itupun dulu sampai berguling di atas jalan membantah.

Kerajaan ada kuasa hari ini tetapi rakyat akan menilai.

Catat Ulasan

0 Ulasan