Syed Saddiq mulakan larian 200 km ke Parlimen

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memulakan larian 200 km pagi tadi.

Larian itu adalah simbolik bantahan beliau terhadap keengganan Kerajaan Madani menyalurkan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Berikut adalah hantaran Facebook Syed Saddiq hari ini:

Pagi ini saya mulakan larian 200 km saya di Jambatan Sultan Ibrahim, Muar.

Jambatan ini adalah salah satu simbol kebanggaan Muo.

Sebab itu saya pilih untuk mulakan larian saya di sini.

Saya juga nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi menyumbang untuk Langkah Muar ini.

Alhamdulillah.

Sejak malam tadi tak henti-henti notifikasi masuk dalam email saya.

Dan setakat jam 6 pagi ini sudah RM 2,000 berjaya dikumpulkan.

Dari amaun RM5 hinggalah RM100 semua saya hargai.

Mungkin bagi kalian jumlahnya tak seberapa, tapi besar maknanya untuk saya dan juga orang Muo yang sememangnya memerlukan bantuan.

Terima kasih.

Ok saya otw ke Melaka ni, korang ada cadangan kedai asam pedas yang lagi sedap dari Muar ke?

Kalau ada, komen sini.

#LangkahMuar

Klik link ini untuk berikan sumbangan #LangkahMuar - https://pusat-khidmat-parlimen-muar.yezza.store/



Sementara itu, dalam hantaran Facebook malam tadi, Syed Saddiq menulis:

PM minta saya jumpa dan berunding untuk dapatkan peruntukan.

Kedua-duanya saya sudah buat.

Siap saya utuskan surat, tapi tiada balasan.

Siap saya heret Kerajaan ke Mahkamah untuk tuntut janji mereka, masih sunyi sepi.

Hampir 1 tahun Parlimen Muar disisihkan oleh Kerajaan.

Dalam masa 1 tahun ini 1 sen pun kami tak terima.

Bantuan untuk rakyat tak cukup.

Masih ramai yang datang ke pusat khidmat kami untuk mohon foodbank, bantuan susu formula khas, pampers untuk ibu bapa yang sudah uzur dan laptop untuk sambung belajar.

Jadi saya mulakan inisiatif Langkah Muar untuk bantu mereka semua.

Esok jam 6 pagi saya akan mula berlari 200KM daripada Muar ke Parlimen sebagai tanda protes.

Dan ini kali pertama saya lari 200KM. Rasa gementar juga 😅

Kalau terserempak tepi jalan nanti boleh tegur.

Yang nak join berlari sekali pun boleh.

Doakan saya selamat sampai Parlimen.

Demi Muo! ❤️

- TUKANG TULIS

Catat Ulasan

0 Ulasan