Rakyat Malaysia bimbang pertumbuhan ekonomi perlahan, hilang pekerjaan - Kajian

Gambar hiasan: Antoni Shkraba / Pexels

Edelman Malaysia mendedahkan laporan Edelman Trust Barometer 2024, menunjukkan kenaikan Malaysia ke tahap tertinggi dalam kedudukan kepercayaan global meskipun berhadapan dengan cabaran ekonomi yang berterusan.

Laporan yang diusahakan bermula daripada 3 hingga 22 November 2024, melibatkan lebih 32,000 responden dari 28 negara, turut membabitkan lebih 1,000 rakyat Malaysia, telah memberikan gambaran menyeluruh terhadap sentimen awam mengenai kepercayaan, inovasi dan tadbir urus.

Kepercayaan Rakyat Malaysia terhadap Institusi Malaysia berhadapan dengan peningkatan kepercayaan yang memberangsangkan, dengan Skor Indeks Kepercayaan keseluruhan sebanyak 68 mata – peningkatan 6 mata yang ketara sejak 2023. 

Ini meletakkan Malaysia di antara 10 negara yang paling dipercayai daripada 28 buah negara yang terlibat dalam tinjauan di peringkat global. 

Lonjakan kepercayaan ini mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap kestabilan dan tadbir urus demokratik di bawah Kerajaan Perpaduan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; di mana Kerajaan mendapat
peningkatan 13 mata dalam kepercayaan awam sejak tahun lepas.

“Peningkatan kepercayaan di Malaysia menggariskan perubahan positif dalam persepsi masyarakat terhadap tadbir urus dan rangka kerja institusi negara,” ulas Chris de Cruz, Ketua Pegawai Operasi Edelman Malaysia. 

“Lonjakan ini turut menandakan keyakinan yang semakin meningkat dalam keupayaan kita dalam mengatasi cabaran ekonomi dan memupuk pertumbuhan inklusif.”


Selain itu, 97% daripada rakyat Malaysia yang bekerja bimbang akan kehilangan pekerjaan, perubahan iklim (85% daripada populasi umum) dan peningkatan peperangan maklumat (73%) yang turut menyumbang kepada kebimbangan mereka. 

Kepercayaan dalam Pengurusan Inovasi Integrasi kecerdasan buatan (AI) ke dalam masyarakat di peringkat global telah mengubah persepsi dan mendorong kepada era inovasi baharu.




Laporan Barometer 2024 menonjolkan 63% rakyat Malaysia berpendapat pengawal selia kerajaan kurang pemahaman dalam mentadbir perkembangan teknologi baharu secara efektif. 

33% percaya bahawa inovasi perlu diurus dengan lebih baik, manakala 59% menolak makanan yang diubah suai secara genetik.

"Dengan perkembangan teknologi AI yang terus mengubah industri dan kehidupan seharian, terdapat keperluan kritikal bagi kerajaan dan perniagaan untuk bekerjasama dengan lebih efektif," kata de Cruz.

"Usahasama ini penting bertujuan untuk memanfaatkan teknologi baharu di samping menangani pertimbangan etika dan memastikan kebolehcapaian merentas semua lapisan masyarakat."

Rakyat Malaysia menggesa kerjasama yang lebih jitu antara perniagaan dan pihak kerajaan dalam menangani isu-isu sosial yang mendesak. 

Sokongan awam terhadap perniagaan yang bekerjasama rapat dengan kerajaan dalam inovasi telah melonjak sehingga 19 peratus sejak 2015.

"Pemulihan kepercayaan bergantung kepada usahasama yang telus antara perniagaan kerajaan dan orang ramai," tambah de Cruz. 

"Dialog terbuka dan menyelaraskan inovasi dengan nilai kemasyarakatan penting untuk penerapan kemajuan teknologi yang bertanggungjawab."

Perniagaan dilihat sebagai institusi yang dipercayai dan entiti penting dalam memacu perubahan masyarakat. 

Rakyat Malaysia mengharapkan CEO untuk bersuara dan lebih proaktif dalam isu kritikal, termasuk gaji yang adil, perubahan iklim dan ketidaksamaan ekonomi. 

Perniagaan yang selari dengan nilai awam dan aktif dalam menangani kebimbangan masyarakat berkemungkinan besar mendapat sokongan orang ramai.

“Perniagaan adalah institusi yang paling dipercayai dalam Edelman Trust Barometer, dilihat sebagai mesin inovasi. 

"Walau bagaimanapun, perniagaan perlu lebih mengutamakan pelaksanaan dan menerima perubahan selari dengan usaha R&D. 

"Ini memerlukan ketelusan yang lebih jitu dalam penyelidikan, memastikan persefahaman di kalangan rakyat biasa, bukan hanya golongan elit.

"Penerimaan inovasi tidak boleh dicapai hanya melalui kebergantungan terhadap perniagaan, kawal selia yang lebih baik daripada pihak berkuasa juga penting dalam memastikan agenda ini berjaya.

“Para saintis dan pakar harus mengetuai perbincangan tetapi perlu mengambi kira pandangan dan pendapat daripada semua peringkat masyarakat. 

Setiap orang perlu merasa diberdayakan dan mengawal masa depan mereka. Inovasi perlu terhasil daripada usaha kolaboratif di mana setiap kebimbangan didengar, soalan dijawab, dan setiap orang mempunyai kepentingan. 

"Kita perlu mendefinisikan semula maksud sebenar menyediakan akses." kata de Cruz.
Trust Barometer Edelman Malaysia 2024 telah dilancarkan di Kuala Lumpur melalui panel diskusi menampilkan tokoh dan pakar terkemuka termasuk Dr Tricia Yeoh dari IDEAS, Dr Jasmine Begum dari Microsoft dan Farid Basir dari MBSB.

Edelman Trust Barometer 2024 menggariskan keseimbangan kepercayaan Malaysia yang kompleks dan keperluan dalam rangka tadbir urus yang lebih teguh. 

Selari dengan gangguan teknologi yang berkembang secara pesat, pemupukan
kepercayaan melalui dasar inklusif dan kerjasama merentasi sektor amat penting untuk kemajuan negara.


Edelman Trust Barometer merupakan laporan tinjauan kepercayaan dan kredibiliti tahunan firma, yang merupakan asas program kepimpinan pemikirannya. 

Laporan ini mengkaji kepercayaan dan kredibiliti merentasi industri, geografi dan demografi. 

Laporan kaji selidik Edelman Trust Barometer 2024 melibatkan lebih 32,000 responden di 28 pasaran.


1. Kepercayaan terhadap Institusi di Malaysia Melonjak: Indeks Kepercayaan terhadap organisasi di Malaysia (dengan purata merentasi kerajaan, perniagaan, media dan NGO) telah meningkat sebanyak 6 mata, meletakkan negara di kalangan 10 yang teratas dalam kepercayaan institusi seluruh dunia.

2. Kepercayaan terhadap Kerajaan Meningkat Pasca-Pilihan Raya: Kepercayaan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan telah melonjak sehingga 13 mata sejak tahun lepas, membuktikan kestabilan selepas pilihan raya umum 2022.

3. Perniagaan Mendahului dalam Indeks Kepercayaan: Perniagaan merupakan institusi paling dipercayai di Malaysia, diikuti rapat oleh NGO, manakala kerajaan dianggap kurang kompeten dan beretika berbanding perniagaan.

4. Ketidakpercayaan terhadap Pemimpin Pertubuhan: Terdapat kerisauan yang meruncing terhadap pemimpin-pemimpin pertubuhan (kerajaan, perniagaan dan wartawan) yang sengaja mengelirukan orang ramai, dan berpotensi menyumbang kepada kemerosotan kepercayaan terhadap tokoh terkemuka.

5. Kepercayaan kepada Saintis dan Tokoh Pemikir: Rakyat Malaysia percaya akan saintis dan tokoh pemikir – “seseorang seperti saya” untuk menyampaikan kebenaran tentang inovasi dan teknologi baharu.

6. Ketakutan Ekonomi dan Kewujudan Diselaraskan: Kerisauan individu terhadap ekonomi seperti kehilangan pekerjaan dan inflasi adalah standing dengan ketakutan eksistensialis masyarakat seperti penggodam, perubahan iklim dan perang maklumat di kalangan rakyat Malaysia.

7. Perniagaan Dipercayai dengan Inovasi: Perniagaan merupakan entiti paling dipercayai untuk mengintegrasikan inovasi secara selamat dan bermanfaat kepada masyarakat, walaupun rakyat Malaysia berpendapatan rendah kurang percaya terhadap semua institusi.

8. Kewaspadaan terhadap Inovasi Genetik: Dalam 59% rakyat Malaysia menolak makanan yang diubah suai secara genetik dan 45% menolak ubat berasaskan genetik, manakala 58% mempunyai harapan yang tinggi terhadap tenaga hijau. Kepercayaan kekal tinggi dalam sektor tenaga dan teknologi, termasuk AI sebagai inovasi.

9. Kebimbangan terhadap Kawal Selia Teknologi: Kebanyakan percaya pengawal selia kerajaan memerlukan lebih pemahaman berkenaan teknologi baharu untuk mengawal selia dengan lebih berkesan, dengan 71% berpendapat terlampau banyak campur tangan daripada kerajaan dan organisasi lain berkenaan sains.

10. Seruan untuk Kerjasama Awam-Swasta dalam Teknologi: 79% rakyat Malaysia berpendapat perniagaan perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi memastikan
pelaksanaan teknologi baharu yang lebih telus dan mudah diakses oleh setiap lapisan masyarakat bagi meningkatkan kepercayaan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan