Setiausaha Politik PMX nafi fitnah terhadapnya


Berikut adalah kenyataan penuh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin semalam:


Saya telah dimaklumkan tentang isu yang sedang berlegar di media sosial tentang seorang individu yang telah mengaku sebagai seorang pegawai khas saya serta menggunakan posisi palsu tersebut untuk keuntungan peribadi beliau.

Perkara ini adalah fitnah jahat dan saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan menyalahgunakan nama saya untuk tujuan tidak bertanggungjawab dan penipuan. Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan nama baik saya, malah boleh menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap institusi yang saya wakili.

Saya menafikan mempunyai sebarang hubungan kerja bersama beliau dan tidak pernah melantik individu ini untuk mewakili saya dalam melakukan apa-apa urusan rasmi atau tidak rasmi.




Dengan itu, saya menasihatkan kepada mangsa yang telah mengalami kerugian atas penipuan yang telah dilakukan oleh individu ini untuk segera membuat aduan kepada pihak polis. Ini adalah langkah yang perlu diambil supaya individu yang menjadi dalang atas penipuan ini dapat diheret ke muka pengadilan dan didakwa atas kesalahan menyamar dan mengambil wang secara haram.

Di samping itu, saya juga ingin menasihati Datuk Zaharin Mohd Yasin untuk mengamalkan sikap ‘tabayyun’ dengan melakukan semakan asas kebenaran sesuatu isu sebelum melakukan perkongsian di media sosial dan membuat penulisan yang boleh menghasilkan persepsi negatif serta pengaruh fitnah terhadap orang lain.

Saya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat dalam penyalahgunaan nama saya. Ini adalah langkah tegas yang perlu diambil bagi melindungi reputasi saya dan memastikan perkara sebegini tidak berulang.


Catat Ulasan

0 Ulasan